Wednesday 25 May 2011

Quartet- Saidatul Saffaa

Salam dear diary,

Sekarang ni aku masih dalam proses menghabiskan satu novel bertajuk Quartet karya Saidatul Saffaa. Diterbitkan oleh Jemari Seni .

Setakat aku bace cerita dia best jugak. Macam biasa novel ni bergenre chenta dan perjalanan seorang Rumaisa mengubah diri ke arah yang lebih baik. Cerita ni mengisahkan bagaimana Rumaisa yang mudah jatuh cinta diuji hatinya.

 Kenapa tajuk buku ni Quartet?.. hurm  . Aku rasa mungkin sebab ade empat orang lelaki dalam hidup die kot. 

 Watak utama cerita ni perempuan bernama Rumaisa yang belajar kat US. Rumaisa ni biasa2 je. Free hair lagi. Tapi dia sering terjatuh hati dengan orang hafiz , orang alim, tapi semua tak memihak pada dia. Lalu dia kecewa....

ending die?..hurm, aku pun tak habis lagi...baru separuh....^^,


Quartet


Jom tengok synopsis die...



Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah 
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh; 
dan salju pula jadi cair dipanah mentari 
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, 
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, 
takkan bersinar indah bintang-bintang 
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka. 

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


<3




No comments:

Post a Comment