Sunday 19 June 2011

Kau curi telur ye?

Dear Diary

Hari ni aku sedu.
Tapi tak boleh minum air sebab puasa.

Tapi ade satu cara yang telah dibuktikan oleh rumet ku untuk menghilangkan sedu. 

Caranya ialah dengan bertanya satu soalan kepada penyedu iaitu .......

"Kau curi telur ke?"

dan serta merta sedu itu akan hilang.

Kenapa? tak percaya?.  

Curi telur?


Masa aku sedu sebelum ni pon orang buat bende sama kat aku, dan terus berhenti sedu waktu tu jugak..pelik pon pelik.. Tak percaye cube tanya soalan tu pada orang yang tengah sedu...Aku pon tak tahu lah kenapa kene gune telur jugak. Tak pernah try lagi guna curi ayam ke curi tulang ke..

 Pada pendapat aku, mungkin sedu tu berhenti sebab orang terkejut dengan soalan yang tak disangke2 mcm "Kau curi telur ke?" tu. . Jadi berhentilah sedu dia tu...

Ikut yang aku tahu kalau bayi sedu, bagi minum air kosong. tak pun letak secebis kapas basah kat dahi dia...hurm.

 Tapi setelah digugel2 banyak lagi rupenye care untuk hilangkan sedu ni....Ikut pada website ni, Antara cara nak hilangkan sedu adalah minum air yang dalam gelas tu ade pisau yang mata pisau mengadap atas (mengadap kite la) . Tak ke ngeri..Mane tak hilang sedu tu. ,huuuu






p/s: sedu aku dah hilang..^^, . Mungkin aku boleh bagi cara baru untuk menghilangkan sedu. Iaitu menulis satu entri dalam blog semasa sedu. =.=

Sunday 5 June 2011

Terdelete data

Handphone saya.
Data terhilang.
Jadi semua nombor dan mesej dah terdelete.
ouhh sayangnyerrrrrrrr.
Mesej-mesej yang aku sayang.
Nombor-nombor yg aku sayang.
tapi nak buat guane.
Dah takdir. 
Barang lepas jangan dikenang.
Ada usia ketemu jua.
Takkan lari gunung dikejar.
*Apela aku membebel ni*


Jadi, Kepada sume2 yang mengecall atau memesej nombor 019 saye,  perkenalkan diri yer.,.huuu.
Sekian terima kasih ku.  wink3

Saturday 4 June 2011

Arabian Night

Dear diary,

Semalam aku dan rumet pergi ke party student international. Mcm ala ala arabian night gitu. Tapi ladies only la.Rase mcm x nak pegi pon ade gak. rase mcm segan. Macam mane lah penerimaan dorg kan. Aku rase dorg mcm x mesra alam je kan...Dorg sume dari arab,sudan ,egypt,uzbekistan, negare2 sebelah sane sumer.tetibe kite je dari tanah malaya. Segan gak la.


Tapi kami mengambil keputusan untuk pergi memandangkan dah di jemput due kali..huuu..

Memula rase nak pegi pakai baju tshirt biase je. Tak tau la ni party ape. Tapi bile tengok dorg melaram habis2an kitorg jadi cuak. Alamak! kene pakai mekap segale ke?..kalao pakai baju trek suit je x boleh ke?. Jadi kami pon cube la best feet forward bak kate org kampung aku. Pakai la ape2 yang ade. touch up sket sini sana. dah puas hati dengan penampilan kami pon pergi lah ke V5 common room tempat parti tu.

Arabian knight?
My rumet, Lisa :P


Wah dorg sume pakai baju gempak2 wo, tapi kat luar pakai Abaya. Rase mcm best lak..hoho...dapatlah kami tengok budaya dorg. dorg sangat welcoming. Kami dilayan mcm tetamu kehormat pule..hihi..pastu dapat pakai henna.,, best2..Dalam tu rase mcm bebas nak buat ape saje, nak melawa ke nak menari zapin ke. sebab its ladies only.

henna <3 


Antara agenda utama parti ini ialah nak sambut kepulangan sorg housemate kitorg ke malaysia. then ade menari2. lagu hindustan arab2 sume..hebat lah dorg menari. Memang berbakat lah. Passion dorg memang dalam tarian. Terhibur jugak tengok mereka. Kalau bagi kat aku menari mahu jadi kayu jer...sangat meriah dan warna warni....  sebelum balik kami dibekalkan dengan makanan dan kuih2 muih... balik je bilik, kitorg plak yg lebih2 berangan main mekap..

Ape ape pun ini satu pengalaman baru yang best bagi aku. Dapat kenal lebih rapat antara sesama seagama dan mengenali budaya manusia.  Syukran ala jemputan fi hazal parti...




: )



 "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)