Saturday 30 April 2011

buat Inche Housemate

Dear diary.

Izinkan aku menulis dengan jiwang di sini yer..kepada sape2 yang xnak jiwang xyah bace yerrr ....hehehe.

.kali ni aku nak tulis pasal.


Kali ni saya tulis pulak pandangan dari pihak Cik kekasih pulerrrr....jom start..
sebagai "Cik housemate" saye mengharap bakal “Inche housemate" saye :-



1) SMS or phone call

Selalu tny kabar. kalau segan nak tanya directly kat saya, Tanya lah kat mak saya pon xper.. Tu pon dah boleh buat saye gembire.Tapi lagi suka kalau awak dapat call saye selalu..ehe*ngade2*

Kalau “Inche Kekasih” tak call saya atau sms saya, saya senang sangat nak buat assumption bahawa awak dah tak sayang saya lagi. Sy mesti fikir awak dah ada orang lain ( x logik saya ni kadang-kadang..perempuan oh perempuan).. Saya Cuma simpan sorang2 dan anggap mcm xde ape yg berlaku. Saya mudah down memikirkan benda-benda macam ni awak. Tapi saya sering terpujuk sendiri atas kepercayaan dan sayang saya pada awak.
Jadi awak kena yakinkan saya,sebab perasaan insecure itu selalu ada. Sekali awak dah dapatkan keyakinan saya, perasaan insecure itu akan beransur-ansur hilang.

2)Duit

Pasal duit plak, awak tak payah la risau. Saye bukan nak banyak pon. Setakat diamond2 jer saye minat..emas putih pon boleh jugak. Tiap-tiap tahun awak wajib kena ingat hari jadi saye walau mcm maner sibuk pon awak. Kalau dapat bg hadiah kat saye pon cukup bagus. Tak payah parti besar2an. Saye bukan nak banyak pon. Awak jangan risau sebab sy bukan jenis yang suka kikis duit orang. (betul ke?.. betul ).


Saya segan nk minta2 ni. Tapi kalau dengan awak, saya rase saya nak mintak macam2. Saya rase kalau dapat brg yang saye nak tu daripada awak , lebih bermakna daripada dapat dari orang lain. Tapi saya tak paksa pon awak beli tau...hehe... Yer la, dengan sape lagi awak nak belanje kalau bukan dengan saye.


Tapi mcm mner pon saye xnak jadi “Cik housemate” yang menyusahkan “Encik housemate”nyer. Susah bersama senang pun bersama ,awak.

3) Memahami @ understanding

Saya harap sangat “inche housemate” saye nnt understanding dengan saye. Izinkan saya kerja. Penat-penat belajar masuk Universiti, x dpt nak kerja..huhu..Sebab saye nak jadi wanita berkerjaya. Nanti dah tua baru pencen. Mase tu baru saye tak nak keje dah.

Hidup mati bersama...tapi kalau la awak mati dulu dari saye, mcm mane saye nak survive kalau saye tak kerja..kan? anak-anak lagi mcm mana saya nak urus kalau saya tak kerja.. ngee

Saya ni pon bukannya perfect, dan saya harap awak dapat menerima saya seadanya. Ada kalanya saye selalu mengikut perasaan, tapi awak kenalah sabar sebab perempuan ni memang emosi kadang2 tak stabil. Kalau awak pon ego sekali, susah lah saye. Emosi2 saye, sayalah yang setia cinta dengan awak.

4)menangis


Awak pujuk la saye kalau saye menangis. Jadilah teman setia yang boleh menjadi bahu untuk saya menangis.
Siapa lagi yang saya nak bermanja kalau bukan dengan “inche Housemate”. Saya bukan nak mengada-ngada. Awak jangan lah annoyed dengan saye , kate saya cengenglah manje lah….tapi yang cengeng ni jugak lah yang mencintai awak sepenuh hati.

5) cantik

Cantik ke saye ni? Hurm. Xde la cantek sangat pon. Tapi tu lah setiap manusia tu berbeza. Cantik itu subjektif. Mungkin bagi awak saya tak cantik, tp bagi saya, saya cantik.(ek eleh..koya) Saya menjadi diri saya yang sebenar.bukan mcm sesetengah artis yang hanya chantek di kaca tv saja. Ber inci2 foundation di muka. Saye bukan jenis mcm tu..hurm~ Mungkin awak boleh impikan supermodel artis2 cantik itu, tp yang tak berapa nak cantik ni jugak yang akan setia susah senang dengan awak.

"oh bukanlah cantikmu yg ku cari, tapi ketulusan hati yang abadi"-letto


6)Hint

Kami orang perempuan memang tak reti berterus terang ( betul ke? Atau aku sorg je?). Saya memang x reti berterus terang dalam hal ehwal hati dan perasaan ni. Selalu tak terluah dari mulut saya apa yang saya rasa. Tapi perbuatan saya mencerminkan ape yang saya rasa.Dan kadang-kadang bertentangan seratus peratus dengan apa yang saya rasa. Awak patut tanya saya dan jangan terus buat kesimpulan apa-apa sebelum tanya saya ( susah kan).

Saya selalu bagi hint, tapi mungkin awak x paham atau buat-buat tak faham.Dan kekuatan saya tak termampu lagi nak berterus terang. Sebab itulah saya ada blog..Wahh~

7) Cemburu


Kadang-kadang saya puji lelaki lain depan awak sebab nak tengok awak cemburu. Saya kan dah kate tadi, saya tak pandai berterus terang nak tanya awak sayang saya atau tak?. Saya juga tak pandai nak berterus terang tentang sejauh mana chenta awak pada saya. Jadi saya pon pujilah lelaki lain dengan sepuji pujinya..( padahal bukan bagus sangat pon org tu)

. Kalau awak tak cemburu, saya akan brsedih amat sangat la lepas tu.Sepanjang malam saya x dpt tidur memikirkan reaksi awak, betul ke die x kesah?, dan mungkin saya akan terus menerima premis pertama yang menganggap awak tak menyayangi saya.. Tapi kalau awak cemburu dan tak senang duduk, saya akan senang hati dan tidur dengan penuh senyuman.

Saya puji bukan sebab saya suka kat orang tu pon..saya sengaje nak awak cemburu. Tandenye sayang.., Awak jangan risau, mungkin org yang saya puji tu lebih bagus drpd awak, tapi kalau hati tu dah nak kat awak, tetap la awak dalam hati saya.

8)perfect

Awak pon pernah dengar kan, jangan harapkan isteri sebaik Fatimah kalau peribadi tak sehebat Ali RA. Kite memang x perfect tapi ke tidak sempurnaan itu yang melengkapkan kite. Betullah xde manusia yang perfect kan. Jadi ape kata kite jadikan ketidaksempurnaan itu suatu keindahan.


Kalau saya ade silap dan salah, awak perbetulkanlah, sebab saya mengharapkan “Inche Housemate” yang boleh membimbing saya kearah kebaikan. Jadi saya harap awak redha dan terima saya sebagai “Cik Housemate” awak seadanya dengan ikatan yang sah.

....................................................................................................................................................................
~~~Itu lah sedikit sebanyak sudut pandangan saya .....cer cinte cer cinte Mumu...rase mcm terjiwang la plak..betul ke aku tulis ni? ..haha., ..post ini telah di anugerahkan post paling jiwang dalam blog saye...har3..enjoy~

,ok la ..dah habes berangan......lets go back to reality....pen off......zassssssssszzzsss   ~~~

Thursday 28 April 2011

Asingkah kita?

Dear diary, lame ku tak jenguk..baru balik test ni...hari terakhir klas untuk sem ini....sempena jumaat2 yang mulia ni ape kate kite der tazkirah sikit....untuk mengingatkan diri sendiri jugak yer..hurm...ni aku dpt dari email , ..selamat membace...renungkan dan selamat beramal.


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]



Huraian:

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”




Keterangan:

Islam mulai tersebar di Mekkah dalam keadaan sangat asing. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia sehingga dianut oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebagian dari orang Islam merasa ganjil dan aneh bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan mengamalkan tuntutan Islam yang sebenarnya. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang dingin oleh masyarakat dan sukar untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada orang yang minta izin untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bersenda- gurau ketika orang lain solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai Umat Islam dan marah jika dikatakan dia bukan orang Islam.

--
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 9:41)

cukup asingkah aku?