Friday 22 July 2011

Anak angkat 2011

Dear diary,

Aku baru saja balik dari kampung Pencalang Permatang. Dekat sebelah Manjung, Perak. ada program anak angkat 3 hari dua malam. Penat, tapi nak jugak jadikan memori dalam blog ni..huhu.~ Macam-macam yang kita org buat dalam program 3 hari tu..

Hari 1
 Seramai 30 orang pelajar termasuk aku terlibat. Kami sampai di Kg Pencalang dan dimulakan dengan sesi pembukaan rasmi.Masa kami sampai,dah ramai org JKKK kat dalam dewan tu. Selepas pembukaan, kami pun diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Untuk hari pertama ni banyak duduk dengan family angkat jer. Lepak-lepak. makan malam berkenal-kenalan. Malam tu, ade family tu bawak kami pergi keluar2 jalan2. Kat Marina Island, Jeti nak ke Pangkor. Cantik tempat tu malam-malam. Lepas tu pergi Lumut plak, ambil angin2 malam.best~

Jambatan ke Marina Island

Ni lah bangunan tepi laut tu

Marina Island

Sempat beli2 kat Lumut







Hari 2


Hari kedua ni penuh dengan aktiviti dari pagi ke petang. Pagi-pagi lagi dah bangun..Fuh sejuknyer semalam. Lame dah x tido sejuk2 mcm gini. Nak mandi pun sejuk. Aktiviti pagi tu pula lawatan ke IKS, tempat proses cendawan, proses sos, Ternakan,Kambing, dan rumah burung walit. Semua ni diusahakan oleh orang-orang kampung yang business minded. Kami dapat tengok macamana cendawan yg buat goreng tu dihasilkan. Banyak jugak prosedur die.huhu




cute

handsome

janggut cool

pengembala kambing berjaya

cendawan

rumah burung walit


dlm rumah burung

sarang burung walit. Mahal gler ni

Makan rumah tok sidang. Terimakasih~

dengan Fatin, dan sape ek..huhu

Lepas tu , ade aktiviti program motivasi dengan budak budak. kami kene jadi faci untuk slot dengan diorang. Budak budak tu sangat sporting dan bekerjasama. Nak cakap ape lg, mereka memang best bro! :p

Antara kanak-kanak yang hadir.



dah habis aktiviti dengan kanak-kanak, ade gotong royong surau dan dewan pula. Jadi memang sibuklah hari tu. Makan tengah hari kejap kat rumah, lepas tu pergi tolong-tolong gotong royong.Petang pula ade sukaneka. Untuk orang-orang kampung, dan juga kami-kami. Banyak lah game2 yang boleh masuk. Kecoh jugak petang tu dengan budak-budaknya lagi. Tapi seronok walaupun penat . Tok sidang pun turun padang petang tu. Malam tu ada Nisfu Syaaban. baca-baca yasin kat surau. Lepas tu pulak ada BBQ, memang fully packed lah jadual hari tu. BBQ pun sedap!~

Hari 3

Hari ni pula kami pergi cuci sampan/boat dan kutip kepah. Seronok cuci2 sampan, lepas tu dapat naik bot., lepas tu pergi kutip kepah. Yang banyak main selut . Boleh buat mask dengan selut tebal2 tu. teraphy2. Sangat seronok. Sebab aku ni memang tak boleh jumpe air, mesti nak main. huhu. tapi kalau lumpur pun boleh jugak jadi seronok.


PATI ke ni?

sempat lak

Pinjam jap

Sekali tengok macam pendatang asing tanpa izin.

Mencari kepah

tenggelam dah kaki . bawh tu ade ikan belacak =.=

kepah o kepah

Tengah hari, makan kat rumah Mak Intan, petang tu, majlis penutup pun berlangsung. Memang 3hari x cukup, tapi aku dapat berkenalan dengan kawan dan keluarga baru mcm Fatin, Faz, Pak ngah, Mak Intan, Mak yang dan sume2.... Seronok dapat jumpe mereka ada umor, ada rezeki bisa ketemu lagi. Terima kasih semua : )

Wednesday 6 July 2011

Balik rumah naik tren....

Dear diary,
Sekarang aku di rumah. Semalam aku naik kereta api tiket antarabandar dari batu gajah -jb sentral. Masa yang diambil dalam 9 jam. Fuh lamenye, huuuu..

Dalam tren tu, aku dapat satu koc dengan seorang pakcik yang agak peramah dengan semua orang.  Terpaksa la dengar bebelan dan ceritera  Pakcik Benggali tu. Orang tua, suke bercerita-cerita pasal isteri,menantu, anak, negara, bangsa,politik, economi, budaya dan macam2 lah.,Dah mcm kedai kopi plak. Memula rase serabut jugak dengar suara pakcik yang kalau boleh n ak satu koc dengar. Tapi lama-lama  rase kelakar pulak dengan telatah pakcik ni. Penumpang tren yg lain pun senyum jer.,.Sampai tidur2 saya dengar pakcik kat depan tu berbual..Huhu..terlebih peramah la pulakkan..

Setelah 2 jam lebih dalam tren, sampailah kami ke KL Sentral.TIba-tiba tren blackout. Gelap lah seluruh tren tu. Aku pun pelik. Crew2 ktm pun keluar. Rupenye tren rosak.  Jadi mereka nak repair . Kedengaran pula pengumuman, "Perhatian , tren dari Butterworth ke Singapura akan dijadualkan semula" itu tren aku lah tu. mesti kena delay. Sudahlah aku lapar, rasa nak naik atas makan dulu....huhu.Aku pun lama-lama dalam tren tu jadi panas, aku keluar ambil angin, telefon2, dan jalan2.

. . Aku pon telefonlah ayah ku, nak cakap tren rosak, tapi ayahku kata dia ada di KL sekarang ni. Dan nak balik johor jgk ptg ni.. BINGO! ini satu kebetulan, apelagi....Aku pun rasa mcm nak ikut dia je balik jb, Jadi aku pun turun lah tren dengan rasminya dan tunggu ayah ambil.Sementara tunggu tu, sempat aku tengok sikit2 citer Running Man kt laptop sambil gelak2..orang pun tengok pelik jer...tp running man memang best bro, ak boleh tergelak walau kt mane pon ak berade....haizszz..*pasrah*

Kesimpulannya untuk cerita ini, kita hanya merancang, tp Allah menentukan..begitu juga dengan hari harian kite, Tuhan yang menentukan dan kita hanya merancang... transport ku ade dua lah haritu. Kalau naik tren, lame, dan x dpt berhenti2. Kalau naik kereta, boleh berhenti sembahyang, makan, beli aiskrim..huhu..Jadi aku pun akhirnya blk naik kereta. Kecikny dunia...macam dipakat2 je.hehe~


P/s: sejak menjak ni, mcm2 cerite aku biler naik public2 transport ni (keteapi, bas etc2..) huuuu.~