Sunday 11 November 2012

Romantika @Fraser Hill with friends




Dear Diary


Selesai bertrekking berendam2 di Chilling waterfalls, Lepas asar tu kite dah dalam perjalanan ke Fraser Hill . Lagi 40 km je dari Sg Chilling. Yela, aku pun tak pernah naik Fraser Hill ni, jadi nak jugak tengok ade ape kat atas sane..huu..

Perjalanan mencabar sebab dah penat trekking rentas sungai kat Chilling, tapi walaupun penat, excited tu tetap ada. Dalam pukul 6, kami dah ada kat bukit Fraser. Jalannye one way, dan kiri kanan hutan,romantik la tempat die huhuhu..

Di Fraser hill,  memandangkan hari nak hujan dan bahaya kalau turun dah malam dan kabus byk, lampu jalan pulak xde, kite bercadang untuk tidur kat Fraser Hill je,lagipun bile lagi kan nak bertidor tidoran dan bergosip mosip..huhu~.

Kami pun cek in dekat Jelai Highlands resort nun di sudut Fraser Hill. Dengan harga berpatutan kami dapat dua bilik yang connected, kira besar la jugak ada balcony lagi.

http://lienafadzlina.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
bilik kite kat Jelai highlands cam ni la.besar kan, siap ade connecting dgn bilik sebelah..gugel je..credit to owner of pic



 Kenangan di Fraser Hill bersama Gadis cantik manis smkajb~~


kt golf club, lepas amek gmbr kene halau dengan tuan die..ehe

signboard old betul

paddock tmpt kude

rumah mcm matsalleh









Bagi aku Fraser hill , walaupun tak sehappening highlands2 lain, ia sangat sesuai untuk orang yang nak keluar dari hiruk pikuk bandar dan duk senyap kat atas sane. Suasana honeymoon yang romantik dan sejuk memang besttt~ Tmbah pulak aku bukak lagu jiwang dlm kereta mase otw naik, memang tacing la.<3 <3 <3

Otw balik kite singgah kat Empangan selangor tu untuk final meeting point sebelum berpisah. Dengan sedikit slot perkongsian tentang aktiviti kite sepanjang dua hari ni. Ternyata aktiviti ni merapatkan ukhuwah kite kerana Allah taala. Walaupun dah bertahun tak jumpe, tapi rase macam baru semalam bersama2.

Okey sudah tiba masa balik KL,JB kemaman dan sewaktu dengannya. Semoga kite jumpe lagi di masa akan datang. Memang best dengan korang ex smkajb :)

Chilling @ Chilling waterfall 10.11.12


Dear diary,

Dah lama tak update ye. Hujung minggu (10/11/12) aku dan kawan2 pergi mandi air therjunn kat Sg Chilling , Kuala Kubu Baru.

Malam sebelum pergi, aku tidur rumah Zara kat Cheras dan tunggu kawan-kawan dari JB nak smpai. Aku xde la excited sangat pada mulenye sebab ramai tak sampai lagi, and sekarang musim hujan, aku x mengharap sangat untuk dapt ke waterfall tu. Bila tengok weather forecast pulak, ramlkan thunderstorm kt area Chilling tu. Lagila aku down. Sebab kalau hujan paras air naik tinggi dan mustahil untuk sampai sana. Dengan risau kepala airnye lagi..huu ,,,sungguh aku seorang paranoid n penakut.hurmmm..Hanya mampu berdoa dan bertawakkal supaya cuaca elokk ja hari tu,

 Esoknyer after subuh, mula bertolak ke RnR sungai buloh. Stop kat sana sebab nak berkumpul ada lagi 3 kereta. Total semua 4 kereta dalam trip ni , total 16 orang semuanyaa..Aku pun mula excited sebab dah ramai.Sebab mase planning tu macam senyap je, ak xsure sape yang confirm last minit.  Dalam perjalanan, kite sampai kat kawasan Empangan Selangor..Wajib ler singgah dulu ambil gambar.hee




Lepas tu teruskan perjalanan menuju ke destinasi Sg Chilling.

yeay ! da smpai. Tp belum sampai air terjun lagi.

Setibanya kite kat Sg Chilling, semua keluarkan backpack masing2. Kena daftar dulu dekat pondok registration kat situ dgn yuran Rm 1. Yelah, takot ape2 jadi dalam sana boleh la track .heheh,,Happy nyer aku kat sini dengan kwn, tak macam awal2 aku tak semangat jerr...

Sebelum nak jumpe Chilling waterfalls ni, kite kene jungle trekking rentas 6 batang sungai. Fuhhh..Arus dia laju jugak la., kawan aku zek, hampir hanyutt nasib baik la dpt berpaut.huhuhu~

Mase on the way , terserempak dengan satu lagi group chinese, nak ke waterfall jugak, tapi dorg kate air sangat deras dan dalam, diorg rekemen kite patah balik sebab bahaya, diorg pun just mampu sampai sungai ke-3 saja. Masa tu kite pun dah tak sedap hati la. Yela aku ni bukan set2 adventure biasa masuk sungai ni. Tapi dengan semangat dan keazaman nak ke waterfall tu, kitorg teruskan jugak perjalanan. 

Dalam perjalanan baru sampai Sungai-1, Allah nak bantu kite, kite jumpa dengan satu family yang nak ke waterfall jugak. Diorg dah selalu naik, jadi dorg tolong kite rentas sungai dengan buloh panjanng. Mudahlah dan selamat perjalanan kami merentas 6 sungai deras ni..Alhamdulillah.

Siapa yang awak backpack (termasukla aku) memang selamat basahla bag kitorg, sebab sungai tu ade la hampir  paras dada, so back pack x mampu nak diselamatkan. Kita bawak nasi lemak dlm beg, jadilah ia nasi lemak kuah, tapi still sedap sebab lapar dan penat. heee. Alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan. Thank you Allah. Manusia merancang, tp Allah yg menentukan segal2nya.
 


one of the 6 sungais

trekking

rantai manusia, bersatu teguh bercerai hanyuttt..huuu

banyak batu besar,



kalau dpt white water rafting bes gak

sejam setengah kot nak jumpe air terjun

'Finally, selepas sejam setengah bersugai trekking, kite sampai kat air terjun.Subhanallah, cantik sungguh air terjun ni.Memang chilling, jauh2 pun terase chilling air die.Siap ade ikan Kelah berenang2 dalam tu. Mandi manda di air terjun bersama ikan Kelah. Ibarat private waterfall untuk kite2 aje..best sangat,:P


gadis cantik manis exsmkajb:P

cantikkan ..Subhanallah



Mandi manda, makan makan, lepas tu siap sedia utk turun semula, rentas semula 6 sungai tu, jadi xyah la bawak baju spare pun sebab otw balik still kena masuk sungai...weee  best...dekat register tu baru ade toilet dan surau...Sampai bwh, changing2 dan solat Zuhur..Dalam pkul 4 lebih kitorg selesai semuanya..Lepas tu ada pula cadangan ad hoc untuk naik Bukit Fraser memandangkan lagi 40 km lagi,,,Kite pun setuju untuk naik Bukit Fraser <3 <3 <3.Fraser here we come...

Bye3 Chilling, memang best...:P

Alhamdulillah

Subhanallah

Allah Akbar


"Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir"