Friday 18 March 2011

Alfatihah

Terkenangkan memori bersama mereka yang telah tiada…Baru2 ini dikejutkan dengan berita pemergian atukku dan ibu saudaraku selang sehari berturut2.Terkenang pula aku akan ahli2 keluarga aku yang telah tiada.....aduh, mungkinkah ini tandanya apabila aku asyik bersedih sejak menjak ni..….

Alfatihah

buat nenekku yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2002. Mase tu ku baru je form 1. Dah xde nenek dah aku…sebelah mak pun dah lame xde, mmg x sempat jumpe…Semoga neneku ditempatkan ditempat mereka2 yg soleh..

Al-Fatihah buat arwah ayahku yang telah awal lagi menghadap Illahi pada 12 Oktober 2004.Mase tu saye di tingkatan tige..Baru lepas PMR...macam x percaya akan kehilangan seorang ayah..tapi Tuhan itu Maha Penyayang..DIA tidak akan membebani hambanya dengan sesuatu yang tidak terdaya utk dipikul.... Ayahku pergi pada umurnya 42 tahun....rasa mcm terlalu muda masa tu....x smpat nak tengok aku dewasa.... Jadi,pengajarannya x semestinye life begins at forty for a men right?..Semoga abah berbahagia di sana..Walaupun tak dapt nak tunjuk result PMR mase tu..sekarang ni pulak zati dah masuk U. Tak dapat nak tunjuk Uni zati ni..huu...Ku doakan abah di bawah rahmat dan keampunaNYA di sana..

..sungguh aku rindu...

Alfatihah juga buat Atukku yang baru kembali ke rahmatullah pada 17 March 2011 (Khamis). Atukku merupakan bapa kandung kepada ayahku. Pemergiannya amat memberi kesan. Menitis juga air mata ini walau ditahan.. Seakan-akan terimbas kembali waktu-waktu masa pemergian ayahku beberapa tahun dulu. Mungkin disebabkan hubungan ayah dan anak yang kuat, aku merasakan kehilangan atukku seperti kehilangan ayah ku sendiri…Bila ayahku dah tiada, atukku sebagai penawar..pada wajahnya terlihat iras wajah ayahku sikit..…Semoga Tuk Ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Tuk ayah sangat baik dengan kami..hanya doa yang mampu aku titipkan seikhlas hati dari jauh..

Alfatihah juga buat Ibu Saudaraku, (akak kepada arwah ayahku) yang juga kembali ke Rahmatullah pada hari ini (Jumaat) 18 Mac 2011. Seakan-akan satu kebetulan, ayah dan anak pergi pada masa yang selang satu hari sahaja. Sakit itu sebagai sabab musabab. Hakikatnya ajal maut di tangan Tuhan. Semoga Kalian ditempatkan di bawah rahmat dan keampunannya…

…Hanya doa yang mampu ku kirimkan seikhlas hati..dan juga kepada saudara2 seagama dan keluarga yang lain…Semoga tenang kalian di alam sana. Amin…

~Di bawah batu nisan ini kau telah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam..Inilah saat terakhirku melihat kamu jatuh air mata ku menangis pilu, hanya mampu ucapkan, semoga tenang damai di alam sana..~

Al-fatihah

No comments:

Post a Comment