Friday 22 July 2011

Anak angkat 2011

Dear diary,

Aku baru saja balik dari kampung Pencalang Permatang. Dekat sebelah Manjung, Perak. ada program anak angkat 3 hari dua malam. Penat, tapi nak jugak jadikan memori dalam blog ni..huhu.~ Macam-macam yang kita org buat dalam program 3 hari tu..

Hari 1
 Seramai 30 orang pelajar termasuk aku terlibat. Kami sampai di Kg Pencalang dan dimulakan dengan sesi pembukaan rasmi.Masa kami sampai,dah ramai org JKKK kat dalam dewan tu. Selepas pembukaan, kami pun diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Untuk hari pertama ni banyak duduk dengan family angkat jer. Lepak-lepak. makan malam berkenal-kenalan. Malam tu, ade family tu bawak kami pergi keluar2 jalan2. Kat Marina Island, Jeti nak ke Pangkor. Cantik tempat tu malam-malam. Lepas tu pergi Lumut plak, ambil angin2 malam.best~

Jambatan ke Marina Island

Ni lah bangunan tepi laut tu

Marina Island

Sempat beli2 kat Lumut







Hari 2


Hari kedua ni penuh dengan aktiviti dari pagi ke petang. Pagi-pagi lagi dah bangun..Fuh sejuknyer semalam. Lame dah x tido sejuk2 mcm gini. Nak mandi pun sejuk. Aktiviti pagi tu pula lawatan ke IKS, tempat proses cendawan, proses sos, Ternakan,Kambing, dan rumah burung walit. Semua ni diusahakan oleh orang-orang kampung yang business minded. Kami dapat tengok macamana cendawan yg buat goreng tu dihasilkan. Banyak jugak prosedur die.huhu




cute

handsome

janggut cool

pengembala kambing berjaya

cendawan

rumah burung walit


dlm rumah burung

sarang burung walit. Mahal gler ni

Makan rumah tok sidang. Terimakasih~

dengan Fatin, dan sape ek..huhu

Lepas tu , ade aktiviti program motivasi dengan budak budak. kami kene jadi faci untuk slot dengan diorang. Budak budak tu sangat sporting dan bekerjasama. Nak cakap ape lg, mereka memang best bro! :p

Antara kanak-kanak yang hadir.



dah habis aktiviti dengan kanak-kanak, ade gotong royong surau dan dewan pula. Jadi memang sibuklah hari tu. Makan tengah hari kejap kat rumah, lepas tu pergi tolong-tolong gotong royong.Petang pula ade sukaneka. Untuk orang-orang kampung, dan juga kami-kami. Banyak lah game2 yang boleh masuk. Kecoh jugak petang tu dengan budak-budaknya lagi. Tapi seronok walaupun penat . Tok sidang pun turun padang petang tu. Malam tu ada Nisfu Syaaban. baca-baca yasin kat surau. Lepas tu pulak ada BBQ, memang fully packed lah jadual hari tu. BBQ pun sedap!~

Hari 3

Hari ni pula kami pergi cuci sampan/boat dan kutip kepah. Seronok cuci2 sampan, lepas tu dapat naik bot., lepas tu pergi kutip kepah. Yang banyak main selut . Boleh buat mask dengan selut tebal2 tu. teraphy2. Sangat seronok. Sebab aku ni memang tak boleh jumpe air, mesti nak main. huhu. tapi kalau lumpur pun boleh jugak jadi seronok.


PATI ke ni?

sempat lak

Pinjam jap

Sekali tengok macam pendatang asing tanpa izin.

Mencari kepah

tenggelam dah kaki . bawh tu ade ikan belacak =.=

kepah o kepah

Tengah hari, makan kat rumah Mak Intan, petang tu, majlis penutup pun berlangsung. Memang 3hari x cukup, tapi aku dapat berkenalan dengan kawan dan keluarga baru mcm Fatin, Faz, Pak ngah, Mak Intan, Mak yang dan sume2.... Seronok dapat jumpe mereka ada umor, ada rezeki bisa ketemu lagi. Terima kasih semua : )

2 comments: