Sunday, 11 November 2012

Romantika @Fraser Hill with friends




Dear Diary


Selesai bertrekking berendam2 di Chilling waterfalls, Lepas asar tu kite dah dalam perjalanan ke Fraser Hill . Lagi 40 km je dari Sg Chilling. Yela, aku pun tak pernah naik Fraser Hill ni, jadi nak jugak tengok ade ape kat atas sane..huu..

Perjalanan mencabar sebab dah penat trekking rentas sungai kat Chilling, tapi walaupun penat, excited tu tetap ada. Dalam pukul 6, kami dah ada kat bukit Fraser. Jalannye one way, dan kiri kanan hutan,romantik la tempat die huhuhu..

Di Fraser hill,  memandangkan hari nak hujan dan bahaya kalau turun dah malam dan kabus byk, lampu jalan pulak xde, kite bercadang untuk tidur kat Fraser Hill je,lagipun bile lagi kan nak bertidor tidoran dan bergosip mosip..huhu~.

Kami pun cek in dekat Jelai Highlands resort nun di sudut Fraser Hill. Dengan harga berpatutan kami dapat dua bilik yang connected, kira besar la jugak ada balcony lagi.

http://lienafadzlina.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
bilik kite kat Jelai highlands cam ni la.besar kan, siap ade connecting dgn bilik sebelah..gugel je..credit to owner of pic



 Kenangan di Fraser Hill bersama Gadis cantik manis smkajb~~


kt golf club, lepas amek gmbr kene halau dengan tuan die..ehe

signboard old betul

paddock tmpt kude

rumah mcm matsalleh









Bagi aku Fraser hill , walaupun tak sehappening highlands2 lain, ia sangat sesuai untuk orang yang nak keluar dari hiruk pikuk bandar dan duk senyap kat atas sane. Suasana honeymoon yang romantik dan sejuk memang besttt~ Tmbah pulak aku bukak lagu jiwang dlm kereta mase otw naik, memang tacing la.<3 <3 <3

Otw balik kite singgah kat Empangan selangor tu untuk final meeting point sebelum berpisah. Dengan sedikit slot perkongsian tentang aktiviti kite sepanjang dua hari ni. Ternyata aktiviti ni merapatkan ukhuwah kite kerana Allah taala. Walaupun dah bertahun tak jumpe, tapi rase macam baru semalam bersama2.

Okey sudah tiba masa balik KL,JB kemaman dan sewaktu dengannya. Semoga kite jumpe lagi di masa akan datang. Memang best dengan korang ex smkajb :)

Chilling @ Chilling waterfall 10.11.12


Dear diary,

Dah lama tak update ye. Hujung minggu (10/11/12) aku dan kawan2 pergi mandi air therjunn kat Sg Chilling , Kuala Kubu Baru.

Malam sebelum pergi, aku tidur rumah Zara kat Cheras dan tunggu kawan-kawan dari JB nak smpai. Aku xde la excited sangat pada mulenye sebab ramai tak sampai lagi, and sekarang musim hujan, aku x mengharap sangat untuk dapt ke waterfall tu. Bila tengok weather forecast pulak, ramlkan thunderstorm kt area Chilling tu. Lagila aku down. Sebab kalau hujan paras air naik tinggi dan mustahil untuk sampai sana. Dengan risau kepala airnye lagi..huu ,,,sungguh aku seorang paranoid n penakut.hurmmm..Hanya mampu berdoa dan bertawakkal supaya cuaca elokk ja hari tu,

 Esoknyer after subuh, mula bertolak ke RnR sungai buloh. Stop kat sana sebab nak berkumpul ada lagi 3 kereta. Total semua 4 kereta dalam trip ni , total 16 orang semuanyaa..Aku pun mula excited sebab dah ramai.Sebab mase planning tu macam senyap je, ak xsure sape yang confirm last minit.  Dalam perjalanan, kite sampai kat kawasan Empangan Selangor..Wajib ler singgah dulu ambil gambar.hee




Lepas tu teruskan perjalanan menuju ke destinasi Sg Chilling.

yeay ! da smpai. Tp belum sampai air terjun lagi.

Setibanya kite kat Sg Chilling, semua keluarkan backpack masing2. Kena daftar dulu dekat pondok registration kat situ dgn yuran Rm 1. Yelah, takot ape2 jadi dalam sana boleh la track .heheh,,Happy nyer aku kat sini dengan kwn, tak macam awal2 aku tak semangat jerr...

Sebelum nak jumpe Chilling waterfalls ni, kite kene jungle trekking rentas 6 batang sungai. Fuhhh..Arus dia laju jugak la., kawan aku zek, hampir hanyutt nasib baik la dpt berpaut.huhuhu~

Mase on the way , terserempak dengan satu lagi group chinese, nak ke waterfall jugak, tapi dorg kate air sangat deras dan dalam, diorg rekemen kite patah balik sebab bahaya, diorg pun just mampu sampai sungai ke-3 saja. Masa tu kite pun dah tak sedap hati la. Yela aku ni bukan set2 adventure biasa masuk sungai ni. Tapi dengan semangat dan keazaman nak ke waterfall tu, kitorg teruskan jugak perjalanan. 

Dalam perjalanan baru sampai Sungai-1, Allah nak bantu kite, kite jumpa dengan satu family yang nak ke waterfall jugak. Diorg dah selalu naik, jadi dorg tolong kite rentas sungai dengan buloh panjanng. Mudahlah dan selamat perjalanan kami merentas 6 sungai deras ni..Alhamdulillah.

Siapa yang awak backpack (termasukla aku) memang selamat basahla bag kitorg, sebab sungai tu ade la hampir  paras dada, so back pack x mampu nak diselamatkan. Kita bawak nasi lemak dlm beg, jadilah ia nasi lemak kuah, tapi still sedap sebab lapar dan penat. heee. Alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan. Thank you Allah. Manusia merancang, tp Allah yg menentukan segal2nya.
 


one of the 6 sungais

trekking

rantai manusia, bersatu teguh bercerai hanyuttt..huuu

banyak batu besar,



kalau dpt white water rafting bes gak

sejam setengah kot nak jumpe air terjun

'Finally, selepas sejam setengah bersugai trekking, kite sampai kat air terjun.Subhanallah, cantik sungguh air terjun ni.Memang chilling, jauh2 pun terase chilling air die.Siap ade ikan Kelah berenang2 dalam tu. Mandi manda di air terjun bersama ikan Kelah. Ibarat private waterfall untuk kite2 aje..best sangat,:P


gadis cantik manis exsmkajb:P

cantikkan ..Subhanallah



Mandi manda, makan makan, lepas tu siap sedia utk turun semula, rentas semula 6 sungai tu, jadi xyah la bawak baju spare pun sebab otw balik still kena masuk sungai...weee  best...dekat register tu baru ade toilet dan surau...Sampai bwh, changing2 dan solat Zuhur..Dalam pkul 4 lebih kitorg selesai semuanya..Lepas tu ada pula cadangan ad hoc untuk naik Bukit Fraser memandangkan lagi 40 km lagi,,,Kite pun setuju untuk naik Bukit Fraser <3 <3 <3.Fraser here we come...

Bye3 Chilling, memang best...:P

Alhamdulillah

Subhanallah

Allah Akbar


"Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir"

Saturday, 24 March 2012

Jalan-Jalan (mode berangan)

One of my wishlist places to go..

Dalam byk2 negara kat dunie ni ,ku paling teringin nak pergi melancong Sepanyol.. Kat sana banyk tempat yang menarik hati aku untuk pergi..Aku pun tak tahu kenapa aku rase interesting giler tempat ni..
..dengan adanya unsur2 classic sejarah tamadun andalusia lagi ...Islam pernah bertapak gemilang kat sana..Kota Merah ni pun ade unsur2 sentimental yang menarik minat aku...
bile lah nak dapat pergi tengok tempat bersejarah ni dengan mata sendiri . huh~

Andalusia,Cordoba, Granada,Sierra Nevada, Madrid, Barcelona.etc2

Alhambra


Cordoba


Sierra Nevada
Gilbraltar

Medina Azahara


haritu mimpi sampai naik flight jer, tapi tak sempat dah bangun..huuu~~~Harap2 malam ni mimpi dapat pergi Sepanyol..Tak dpt pegi betul, dlm mimpi pon jadi lah...zzzz
 


Sunday, 8 January 2012

Universal Studios Singapore

Dear Diary,


Universal Studios Singapore. Haritu dapat lah kitorg pergi sana. Aku dan adik aku je yang pergi sana. Sebab die dapat 5A upsr, jadi tu janji nak bwk gi sana,..haha

Awal-awal pagi lagi naik bas dari Tune Hotels, Jb. terus ke USS, ticket bas rm 10 sorg pergi balik. Bas paling awal 7am last bus balik 10pm. Sebab tengah peak season, harga USS convert kepada duit malaysia jadi RM200++ x engat la berapa.


Tapi memang best la kat dalam USS tu.. satu hari tak keluar, pulak uss tu tutup malam sebab holiday season, so dapat tengok bunge api ngan show mlm2 kat sane. Kat sana xde surau, jadi sembahyang  kat mana2 ruang yang sesuai. banyak jugak la tempat2 tersorok yg xde orang lalu kat situ.

randompics ^^,
kat NYC

 
Mase kitorg pergi tu ade transformers ride. memang beratur la nak naik, tapi memang berbaloi sebab ride tu sangat cool..huhu..dengan effect 3d yang real2 punye.. Lepas tu kitorg naik The Mummy Ride..seram woo,,tp best gilak.. lepas tu pergi rumah shrek..shrek 4D show dier pun gempak..Pergi jugak madagascar naik2 bot dorg..huhu..jumpe penguin2 tu..jumpe betty boop, charlie chaplin kat New York City. '



street show from the cool guyss

waiting for transforers ride..ready!



istana si shrek tu blkg
battlestar galactica...takut nak naik,,haha
bumble bee
FROG PRINCE
lorong transformer






xbyk gmbr sebab sibuk main jerrr..haha

lalala hari hari kerja

Dear diary,

dah lame jugak tak jenguk blog ni..apa khabar semua post2? harap-harap sihat walafiat yer =.= Sekarang ni baru masuk bulan January 2012. Jadi welcome 2012 dan babai 2011 saya ucapkan.

Cuti sem yang sangat lah panjang ini sangatlah menjadikan otakku lebih berkarat sebab lama sangat tak belajar. cmner nii? huu

Selama 4 bulan ni aku ada buat kerja part time untuk tampung perbelanjaan semasa cuti ni.hehe (walaupun x sampai 4 bulan pun)....mak suruh cari  kerja daripada duduk rumah xde buat apa baik kerja..jadi aku pun cari lah kerja ..

aku dapat kerja dekat sebuah kedai buku yang sangat sibuk di jb ...kedai buku ni hari-hari aku kena pakai baju kurung, tp aku x kesah sebab aku memang suka berbaju kurung. Kerja sini ikut shift, so, x tentu lah masuknye.. Kadang-kadang masuk shif pagi balik petang, kalau masuk shift petang balik la malam.  Customer pulak sangat ramai..kedai tak bukak lagi pun customer dah tunggu2 kat depan kedai, fuhh,, pencinta buku lah dorg ni..hoho

bygkan budak2 kecik boleh main lari2 kat sini..huuu

..mula-mula kat sini mcm bosan jugak la.  Bile dah lame2 kat situ, aku dah biase,, hari-hari aku dtg kerja mcm biase, tolong customer cari buku,amekkan order, cek buku banyak lagi ke tak...= ak leh la survive sebab dorg ni very nice..eceh....ak ni memang lambat sket bab2 nak mesra dengan orang ni..so, kalau ade yang peramah sikit, mudah la untuk aku berbual2..tapi kalau dah kenal, aku plak yang banyak cakap..ceh...tp kawan2 kat sane memang best and supportive..sporting pun sporting..kire pengalaman kerja ni bestla sebab dpt kwn2 yang best...hihi...org sibuk bekerja, aku sibuk berkawan..aha~

kalau dah namanya gedung buku, mestilah aku ada beli buku2 untuk diri sendiri..dut gaji aku habis dekat situ je mase mula-mula..ye lah , buku baru sampai mesti lah aku sambar dulu.

antara buku yang aku beli..tp x bace lg..isk3

tibalah mase untuk berpisah, aku baru je resign..aduss sedih jugak sebab duk umah mane ade org, sume dah nak naik skolah,xde geng, aku kawan dengan tv je la..huuuu  apa-apa pun seronok kerja situ dan kenal dengan kawan2 kat sana. hehe thanks to all of you..

pen off

Thursday, 10 November 2011

FTISLAND-Like The Birds

                                              Lagu best lagu best.. .

Like The Birds daripada FT Island ni remake dari lagu lama Like The Birds nyanyian Byun Jin Sup..



Ni pulak versi original singer dier...huu..santai jgk..hoho

                                                                                        

The cars racing through the open space
And the people shined by the setting sun

The cars racing on the highway
This street in the heart of the city crowded with busy footsteps
Between the densely packed buildings like trees in a forest
The billiant neon signs
I want to fly above this city today - come on

* As I look at the birds flying
I want to follow them and fly as well
Freely underneath the blue sky
I want to follow them

I want to fly in the sky today
I want to touch the clouds
Uh yes I wanna touch the cloud
Because they are lower than the sky
If only if the tips of my fingers can touch the tip of the cloud

Even if I want to leave this stuffy city

I cannot go

* repeat

I want to get out of this frustrating routine
Let's get out out - I want to get out of here now
Above the sky, I feel like there will be something for me
Like the birds in the sky, let's fly to the sky - fly high


Credits Translations ni diambil dari sini .


                                                                                                                                

Friday, 26 August 2011

Raya sini sana


 Dear diary,

Dah lagi dua tiga hari je nak raya. Aku masih di utp. Itu lah ngengade sangat nak ambil tiket hari2 terakhir. Aku balik mungkin hari last puasa.. Alasannya, sebab tak balik Kelantan, jadi balik last minit pun takpe. Raya kat Johor mana ada saudara mara. Jiran2 je la.  Jadi aku masih berlegar-legar di UTP ni. Kepada yang ternampak aku di UTP, itu memang aku yang sebenar. BukaN cobaan,.huhu


 Kalau raya kat Johor, rumah aku, tak ade apa2 yang spesial sangat. Pagi2 raya pergi masjid Negeri, lepas tu mesti pergi kubur Mahmoodiah. Menziarah pusara arwah abah. Lepas tu, on the way balik dah tak de plan2 ape2. Biasanya kite orang akan pergi istana kat bandar tu. Selalu istana buat open house untuk para penduduk yang tak balik kampung. huuu.

istane johor
masjid negeri

. Best jugak santapan istana ni memang sedap masakannya. Dapat la makan rendang+ketupat free. Kalau kat rumah mesti buat nasi dagang. (feveret wo). Jadi, lepas dah amek2 gambar kat open palace, dalam pukul 11am gitu, balik rumah, sambung nasi dagang kat rumah pulak..ish2...sedapnya..huhu..

Jadi hari raya kat Johor aku habis macam tu je la. Seterusnya tengok tv je la kerjanya. Tak pergi mana-mana sangat pun.. Budak2 kecik ada la datang2 rumah..macam biase la nak duit raya..hoho..layan jerr..kawan2 adik aku jugak...mcm tu la kalau aku raya kat Johor. Sebab tu aku tak rase nak balik awal..dengan exam lagi..nak studi lah kononnye (masalahnye x start ape2 pun lagi..sebab xde mood sorg2 kt UTP ni ..TT)


Kalau aku balik Kelantan pulak, lain suasananya. Waktu macam ni aku memang dah ghaib dari UTP ni..nak balik 2-3 hari sebelum raya la. Jauh..lepas tu  Jalan banyak kete lagi. Kalau balik pun mesti 5-6 hari gitu.  Jadi taun ni tak balik sebab raya time stadi week + nak exam + adik nak upsr...
 Ceritanya,kat Kelantan,  Pagi pagi lagi rumah dah bising.Semua bangun awal nak berebut bilik air. Biasanya yang budak-budak kecik mandi dulu. Yang dah besar sume malas malasan nak mandi awal-awal. Dah last minit baru reti nak siap...haha~

Then jalan Kaki ramai ramai pergi sembahyang raya. Lepas je sembahyang raya, balik rumah then ambil gmbr semua org..kalau semua balik lagi meriah. Sedare mare pun ramai yang duduk selangor, kl, pahang, tengganu, Jadi kite lah plg jauh, kat johor Bergambar je kerjanya. Lepas tu dalam pukul 10am, start lah konvoi kiteorg..

Yang bestnye kalau dulu musim hujan banjir, tayar kereta mesti tersangkut kat lumpur. pastu ramai-ramai tolong tolak. ade la dalam 10 rumah kite pergi raye. rumah nenek sedare.  Tinggal yang nenek saudara2 jer. Dalam 10-11 rumah jugak haritu. Kat Pasir puteh, KB, tumpat, tanah merah, machang  kubur, semua2 dalam kelantan tu kitorg konvoi..huhu...seronok walaupun penat..Balik pun dah nak petang.. Malam pulak buat bbq...bunge api mesti ade.Berasap satu rumah..Dengan budak budak lari2 lagi..bising2 lagi..memang meriah lah..Esoknye ade lagi agenda2 lagi.mlm tu sume pakat rebut2 nak gosok baju untuk esok...kira havoc la kalau raya kat kelantan.. family ramai... asal ade ruang je kat rumah tu dijadikan tempat tidur....tu yang best tu meriah.. hoho..


Pernah sekali tu jem teruk gile,  5 jam jem dekat area jambatan (gertok) tu... pastu semua orang2 luar je ramai kat sana.yang kat jalan tu sume plat number bukan D.... ramai org kahwin dengan kelantanese kot...huhu~

 Kalau aku dengar lagu2 raya, mesti flashback aku slalu berlatar tempatkan negeri kelantan. Kat johor mcm xde feel skit..hihi..Mungkin tak ade kampung sini kot..Tapi sampai sekarang aku kalau cakap kelantan tak berapa nak jadi slang die..haha..

Apa apa pun, kat mana pun kita beraya, semua sebenarnya sama saja. Yang penting cara kita merayakannya..... Salam Hari Raya Aidilfitri semua...Ampun maaf lahir batin .. :)


P/S:  tak pernah lagi raya kat Baling, Kedah...nenek moyang sbelah atuk org kedah (naseb baik x letak sekali dalam assignment geology of Baling aku) Asal arwah atuk sebenar dari sana. tp kahwin dengan orang kelantan dan duduk kelantan. . Mcm mane la zaman2 jepun2 dulu boleh jumpe ek..  jauh tu.....dah jodoh kan..huuuu..~