Sunday 11 November 2012

Romantika @Fraser Hill with friends




Dear Diary


Selesai bertrekking berendam2 di Chilling waterfalls, Lepas asar tu kite dah dalam perjalanan ke Fraser Hill . Lagi 40 km je dari Sg Chilling. Yela, aku pun tak pernah naik Fraser Hill ni, jadi nak jugak tengok ade ape kat atas sane..huu..

Perjalanan mencabar sebab dah penat trekking rentas sungai kat Chilling, tapi walaupun penat, excited tu tetap ada. Dalam pukul 6, kami dah ada kat bukit Fraser. Jalannye one way, dan kiri kanan hutan,romantik la tempat die huhuhu..

Di Fraser hill,  memandangkan hari nak hujan dan bahaya kalau turun dah malam dan kabus byk, lampu jalan pulak xde, kite bercadang untuk tidur kat Fraser Hill je,lagipun bile lagi kan nak bertidor tidoran dan bergosip mosip..huhu~.

Kami pun cek in dekat Jelai Highlands resort nun di sudut Fraser Hill. Dengan harga berpatutan kami dapat dua bilik yang connected, kira besar la jugak ada balcony lagi.

http://lienafadzlina.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
bilik kite kat Jelai highlands cam ni la.besar kan, siap ade connecting dgn bilik sebelah..gugel je..credit to owner of pic



 Kenangan di Fraser Hill bersama Gadis cantik manis smkajb~~


kt golf club, lepas amek gmbr kene halau dengan tuan die..ehe

signboard old betul

paddock tmpt kude

rumah mcm matsalleh









Bagi aku Fraser hill , walaupun tak sehappening highlands2 lain, ia sangat sesuai untuk orang yang nak keluar dari hiruk pikuk bandar dan duk senyap kat atas sane. Suasana honeymoon yang romantik dan sejuk memang besttt~ Tmbah pulak aku bukak lagu jiwang dlm kereta mase otw naik, memang tacing la.<3 <3 <3

Otw balik kite singgah kat Empangan selangor tu untuk final meeting point sebelum berpisah. Dengan sedikit slot perkongsian tentang aktiviti kite sepanjang dua hari ni. Ternyata aktiviti ni merapatkan ukhuwah kite kerana Allah taala. Walaupun dah bertahun tak jumpe, tapi rase macam baru semalam bersama2.

Okey sudah tiba masa balik KL,JB kemaman dan sewaktu dengannya. Semoga kite jumpe lagi di masa akan datang. Memang best dengan korang ex smkajb :)

No comments:

Post a Comment