Monday, 6 January 2020

Lycabettus Hill


Hello Greece,

Throwing  back 2016....

First stop kami di Lycabettus Hill. Untuk first stop ni sesuai sangat lah untuk singgah Lycabettus Hill ni sebab boleh tengok view keseluruhan bandar Athens ni. Bukit ni tingginya dalam 300meter. Boleh naik pakai tren atau boleh mendaki je.Atas Lycabettus Hill ni ada restoran, Gereja, dan Teater. Sejarah Athens ni berunsurkan mitos legenda gitu, sebab kononnya Lycabettus Hill ni terbentuk disebabkan Athena (Goddess menurut kepercayaan Ancient Greek) terjatuhkan satu limestone atau batu kapur kat situ, dan terbentuklah bukit tu...





 to be continued...

bersambung...

Balkan 2016



Dear Diary..

Hello Greece, Throwing back 2016

Lama x update blog. rasanya perlu buat diary ni sebab baru-baru ni iphone saya rosak,hardisk pun rosak, gambar-gambar hilang. Jadi untuk selamat, nak letak gambar-gambar kat diary ni sebelum device rosak lagi.


Route perjalanan bermula dari Athens, Greece dan akhir di Zagreb,Croatia.

Day1-  Bertolak dari Kuala Lumpur ke Istanbul . Istanbul ke Athens. Kite naik Turkish Air kali ni....Naik-naik dapat Turkish delight yang manis sesangat tu.Saya memang tak gemar sangat rasa Turkish delight, tapi sebab warna dia cantik, jadi belilah jugak jadi souvenir.

Sepanjang perjalanan ke Istanbul tu macam biasa tidur , bangun makan, then tidur balik, bangun makan, dan tidur, bangun dah nak landing. Penerbangan pun smooth je, turbulence pun x rasa sebab syiok tido.

Mama sebelum boarding, disapa oleh The Flying Chef dalam Turkish Airlines
Makanan pun nak amek gambar
Bangun tidur selfie
Istanbul plane view
Alhamdulillah, sampai je Istanbul,ada lagi satu jam je untuk boarding penerbangan seterusnya ke Athens. Dalam sejam dua jam gitu, sampai la ke Athens, Greece.


Athens view from plane

Yeay dah sampai.. Tak sabar nak jalan-jalan ...bersambung........

Eh dah Wawasan 2020?

Assalamualaikum,


Dah 2020 ke? Rasa macam baru semalam 2010.

I masih seperti dulu banyak jugak la perkembangan . (Eh sejak bila pandai cakap I U ni? amboiii)

Ok lah. Saje jenguk blog ni ada lagi ke tak setelah bertahun tak jenguk.




K Bai
Zz







Wednesday, 29 August 2018

Eh dah 2018?

Assalamualaikum haiiii...

Tetibe dah 2018. Last post dua tahun lepas.. mcm x percaya masa berlalu begitu pantas.... dan aku masih  tak tahu nak tulis apa.. Selamat Hari Raya Aidiladha!

Sunday, 3 July 2016

Ramadhon tiba Ramadhon tiba

Assalamualaikum..



Asal Ramadhan je aku nak update blog.

Asal aku nak update blog je Ramadhan.

Its June 2016. Aku dah kerja OnG kat KL. btw not the medical term OnG.

Waktu2 ni juga lah harga minyak merundum2 dengan layoff di sana sini.. Tawakkal dan doa.

Banyak benda sebenarnya aku nak menulis sepanjang hiatus di blog ni. tp nanti lah


huhu..


Selamat Ramadhan
Selamat Aidilfitri
Lagi dua hari raya,











Tuesday, 14 July 2015

Hey




Its Ramadhan 1436.

dua tahun tak berblogging.

Maybe I need my diary back.




Izzatee


Sunday, 1 September 2013

update

Assalammualaikum..

lame dah x update blog.

makin lame makin segan nak updet sbb lame x bukak


erk.

Thursday, 7 February 2013

PG Trip to Gua Tempurung


Dear diary.

Lame sudah tak tulis blog.

Tempurung Trip.

Sekarang baru masuk semester baru. Setelah 6 bulan internship kat KL, sambung lah final year first sem kat Toronohh ni.

Seawal2 semester ni aku dengan budak2 Petroleum Geoscience lain ada pergi trip Gua Tempurung .Caving atau ekspidisi gua Tempurung ni kitorg saje2 plan. Ada la dalam 20 orang geng2 Petroleum Geoscience join trip ni.


jumpe di tempat berkumpol-simpang kg bali

Dalam perjalanan konvoi tu, ade la terserempak sekawan lembu..haha~


Ada banyak jenis tour yang boleh dibuat kat Gua Tempurung ni. Kitorg ambil Grand Tour dengan bayaran Rm 22. Tour yang kitorg amek ni kire yang paling extreme la ada kat situ. Ada Renger yang akan bawa kita sepanjang dalam gua tu. wet + dry tour..


Warm up dulu. Yeah!

Masa ni masih dry lagi. ada trek dia. Tangga2 disediakan. Lampu pun ada.

gayat kann?

haa..lagi gayat!

Lepas je kawasan dry+ terang tu, barulah cabaran sebenar bermula, turun di kawasan gelap+ basah+licin.
Waktu ni baru torchlight berfungsi sepenuhnya.huuu~

Kena masuk air sungai, merangkak , meniarap dalam trowong diisi air sungai, menggelongsor jauh dan tinggi dan jugak memanjat2.,, bayangkan  kalau air penuh time tu, tak ke jadi mcm cerita Sanctum..huu...tp jgn risau, renjer xkan bagi masuk kalau hujan, safety first kot..


mase ni da start gelap,,lampu2 ni sume sumber torchlight yang kitorg bwk
kene berenang2 di muara..huuu

Slide paling best!..tinggi!~
 Yang part gelongsor antara yang mencabar jugak. Sebab gelongsor dia licinn.. Satu je pesan, sila pakai seluar yang tebal + tahan koyak sebab ada beberapa org seluar dia koyak sebab banyak gelongsor dalam tu....Kesian2..huu  Jadi kene ready la.

Bawak jugak torchlight sbb dalam gua tu gelapppp gelitaa. yang terang dlm gambar tu sume effect lampu, kalau tak, mmg gelap gelita..ahhaa..Tak sia-sia aku beli headlight yang boleh letak kat kepala tu..Sebelum masuk gua tu, makan la cukup untuk tenaga..hee..xperlu kot bawak2 beg sume tu kalau masuk yang wet package sebab kite basah kuyup satu badan. Pakai lah kasut yang grip atau tahan. Sebab kawan aku pny tapak kasut tercabot, banyak jugak aku jumpe tapak2 kasot kt dlm gua tu.huu. 



Mendaki +licin

Lepas mendaki nak slide pulak



Tambah tolak ada laa lima jam meneroka gua tu. masuk dalam pukul 9 pagi, keluar dalam pukul 2 lebih ptg. Lepas keluar gua, kitorg pun mandi2 dan salin2 pakaian sume kat tempat yang disediakan.

5 jam dalam gua!. 5 jam wo, kalo bertolak dari johor bahru dah sampai Perak dah!~~..
best sangat dan berbaloi la.Terima kasih banyak2 jugak Ruth dan Azfar yang bwk camera walaupun gelap dan basah .Untung kite sume ade gambar kenangan..huhu

Kesimpulannya, trip Tempurung bersama dak2 Petroleum Geoscience sangat best. Di samping dapat refresh balik Geology , boleh adventure2 , bersuka ria di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah!



Sunday, 11 November 2012

Romantika @Fraser Hill with friends




Dear Diary


Selesai bertrekking berendam2 di Chilling waterfalls, Lepas asar tu kite dah dalam perjalanan ke Fraser Hill . Lagi 40 km je dari Sg Chilling. Yela, aku pun tak pernah naik Fraser Hill ni, jadi nak jugak tengok ade ape kat atas sane..huu..

Perjalanan mencabar sebab dah penat trekking rentas sungai kat Chilling, tapi walaupun penat, excited tu tetap ada. Dalam pukul 6, kami dah ada kat bukit Fraser. Jalannye one way, dan kiri kanan hutan,romantik la tempat die huhuhu..

Di Fraser hill,  memandangkan hari nak hujan dan bahaya kalau turun dah malam dan kabus byk, lampu jalan pulak xde, kite bercadang untuk tidur kat Fraser Hill je,lagipun bile lagi kan nak bertidor tidoran dan bergosip mosip..huhu~.

Kami pun cek in dekat Jelai Highlands resort nun di sudut Fraser Hill. Dengan harga berpatutan kami dapat dua bilik yang connected, kira besar la jugak ada balcony lagi.

http://lienafadzlina.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
bilik kite kat Jelai highlands cam ni la.besar kan, siap ade connecting dgn bilik sebelah..gugel je..credit to owner of pic



 Kenangan di Fraser Hill bersama Gadis cantik manis smkajb~~


kt golf club, lepas amek gmbr kene halau dengan tuan die..ehe

signboard old betul

paddock tmpt kude

rumah mcm matsalleh









Bagi aku Fraser hill , walaupun tak sehappening highlands2 lain, ia sangat sesuai untuk orang yang nak keluar dari hiruk pikuk bandar dan duk senyap kat atas sane. Suasana honeymoon yang romantik dan sejuk memang besttt~ Tmbah pulak aku bukak lagu jiwang dlm kereta mase otw naik, memang tacing la.<3 <3 <3

Otw balik kite singgah kat Empangan selangor tu untuk final meeting point sebelum berpisah. Dengan sedikit slot perkongsian tentang aktiviti kite sepanjang dua hari ni. Ternyata aktiviti ni merapatkan ukhuwah kite kerana Allah taala. Walaupun dah bertahun tak jumpe, tapi rase macam baru semalam bersama2.

Okey sudah tiba masa balik KL,JB kemaman dan sewaktu dengannya. Semoga kite jumpe lagi di masa akan datang. Memang best dengan korang ex smkajb :)