Monday 13 December 2010

Rayyan Fantasi

Hari ni ada rezeki lebih, novel baru.
Pergi badan cemerlang kat Angsana, tak berniat pon nak beli ape2. tiba-tibe ternampak pulak novel ni.
Tajuknya Rayyan Fantasi -Ramlee Awang Murshid
buku tu kua selepas trilogi bagaikan puteri.

Baca synopsis dia, mcm best je.. dan lagipun kebanyakan karya Ramlee Awang Murshid aku suke..antara karya-karya Ramlee Awang Murshid yang ak suke --Hatiku di harajuku, Satu Janji, Trilogi Bagaikan Puteri, Ungu Karmila, dan banyak lagi la.....: )
So akhirnya ak beli la buku ni..

Kat bawah ni synopsis cerita ni...mcm best, tp x bace habis lg, ...

"" RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.





RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.""



*huh, berbeza tu ayat novelis dengan ayat merapu mcm daku ni..hoho*
ok la slamat membaca untuk diriku..nak tengok banyak lagi pasal Karya Ramlee Awang Mushid, boleh klik kat sini
babai..

No comments:

Post a Comment