Wednesday, 2 June 2010

KERETA LAMPU PUTIH

lampu kereta yang berwarna putih sangat menganggu penglihatanku di waktu malam. Terutamanya kereta yang bertentangan arah dengan ak. Sedangkan kereta yang pakai spot light pon ak dah silau, ni lagi lampu yang terang benderang tu.

Mata kite ni secare otomatiknyer akan bertindak balas dengan cahaya yang datang dari depan, jadi kalau kat tempat gelap, kereta datang dari depan, dalam 4 saat, mata kite akan terpanar dengan cahaya kereta tu.

adi tips yang ak gunekan ialah jangan tengok sumber arah cahaya tu tapi fokus kat jalan .huhu~

Ada satu kereta yang lampu putihnya menyilaukan berada selorong di depanku kat traffic light. Kereta yang berada di depan dia mmg dapat cahaye-cahaye keimanan melimpah ruah daripada lampu tu. Sian die silau...huhuhu

Ak pun wat kerja nakal sket. Ak pasang high light pancar kat kereta lampu terang depanku tu. Mesti die silau dengan kereta ak kan..kan..kan...dalam hati ak takot jugak, takot die turun kete, nak gaduh...dah la ak sensorang je...kereta die pula berpuluh2 kali ganda grand daripada yang ak bwak ni...tapi ak teruskan je pasang high light kat belakang die....konon-konon nak balas dendam untuk kereta kat depan die entah-entah die pon tak perasan..ehe~..apela...



P/s: teringat mase kecik2 nak bangun sahur, mesti tak bagi mak bukak sume lampu, sebab silau , kataku...Jadi nak kejut aku kene tutup lampu, kalau bukak lmpu, ak xmo bukak mate...kelakar bile ingat balik.hehe gelak sorg2


Moral of the story:
Bertimbangrasalah di mana2 anda berada
Jangan suke dengki org ..x bek,,,

No comments:

Post a Comment