Hari ni aku sedu.
Tapi tak boleh minum air sebab puasa.
Tapi ade satu cara yang telah dibuktikan oleh rumet ku untuk menghilangkan sedu.
Caranya ialah dengan bertanya satu soalan kepada penyedu iaitu .......
"Kau curi telur ke?"
dan serta merta sedu itu akan hilang.
Kenapa? tak percaya?.
Curi telur? |
Masa aku sedu sebelum ni pon orang buat bende sama kat aku, dan terus berhenti sedu waktu tu jugak..pelik pon pelik.. Tak percaye cube tanya soalan tu pada orang yang tengah sedu...Aku pon tak tahu lah kenapa kene gune telur jugak. Tak pernah try lagi guna curi ayam ke curi tulang ke..
Pada pendapat aku, mungkin sedu tu berhenti sebab orang terkejut dengan soalan yang tak disangke2 mcm "Kau curi telur ke?" tu. . Jadi berhentilah sedu dia tu...
Ikut yang aku tahu kalau bayi sedu, bagi minum air kosong. tak pun letak secebis kapas basah kat dahi dia...hurm.
Tapi setelah digugel2 banyak lagi rupenye care untuk hilangkan sedu ni....Ikut pada website ni, Antara cara nak hilangkan sedu adalah minum air yang dalam gelas tu ade pisau yang mata pisau mengadap atas (mengadap kite la) . Tak ke ngeri..Mane tak hilang sedu tu. ,huuuu
p/s: sedu aku dah hilang..^^, . Mungkin aku boleh bagi cara baru untuk menghilangkan sedu. Iaitu menulis satu entri dalam blog semasa sedu. =.=