Wednesday, 23 February 2011
Saya, awak dan dia
.saye ade disini...Jangan sedih lagi.Saya tak boleh tengok awak sedih2...hurmm..saye tahu awak sedih, ....saye tahu semuanya...Mustahillah kalau saye tak ambil tahu langsung tentang awak kan?
.Awak kena kuat...Awak tak boleh terus2an macam ni...Kesedihan awak tu saye pon rase jugak tau. Tapi kalau awak tak kuat ,saye macam mane?..Kalau awak sedih2...nangis2, macammner saye nak teruskan kerja saye...Saya tak dapat buat ape2 pon kalau awak dalam keadaan bermuram durja.., bersedih hiba..Saya cuba fokus, tapi ingatan pada awak yang kesedihan itu membuat saya tak mampu awak...
..Awak, pandang terus ke depan. bergembiralah...jangan bersedih sedih lagi..Jangan sedih lagi sebab dia tu...Awak , saya rasakan, kalau awak cube lupekan saje dia itu mampu x?...Saya tahu awak mesti susah nak ikut saranan saya ini...jangan marah kalau saye suruh awak lupakan saja dia...Sebab saya hanya tak mahu awak sedih dan terganggu....Itu saja......Kalau saya takde awak, dah lame saya tinggalkan dan lupekan dia tu...Tapi kita memang tak dpt dipisahan..Kerana awak dan saya saling memerlukan...Lagipun saya sayang awak..Awak banyak menghiasi hari-hari saya...Walaupon kadang-kadang ade jugak awak degil2 dengan saya...haha
Awak kate awak tak dapat nak lupakan dia? Itu keputusan awak?.Susah jugak jadi awak ni..hurmmm..Saya faham, bukan senang kan....Takpe..Saya nak buat mcm maner....Tapi,awak harus kuat....Janjilah dengan saya...hidup perlu diteruskan...walau apa pun yang berlaku....Awak tetap awak, ok!...Awak tak kan jatuh tersungkur ok..meskipon awak terjatuh , awak akan bangun balik..kann?..
..Saya tak akan tinggalkan awak dalam keputusan-keputusan yg awak ambil..walau ape pon keputusan diambil,saye tetap akan setia menemani..Walau awak dikecewakan dan dilukai lagi, saya sentiasa ada untuk awak, awak jangan risau...Kalau awak tak tahu nak buat apa..awak jumpa lah saya..saya sentiasa akan memberikan yang terbaik
Kita saling melengkapi...Sebab saya ada awak, dan awak ada saya..Kalau dia pun nak dengan awak, saye tetap akan sentiasa jage awak supaya awak takkan terluka,,,
*Saya = akal
Awak = hati.
Dia = dia
Tuesday, 22 February 2011
Friday, 18 February 2011
My Heart Cursing
Dia Kekasih Allah
Ya Rasulullah..Mulia pengorbananmu...Penghulu segala Nabi
...Maafkan aku andai menjadi umatmu yang selalu terlupa dan terleka...Sedangkan umat nabi lain, berebut2 mahu menjadi umat mu....Ya umat Muhammad SAW..
.Pengorbananmu utk umat memang selayaknya mu digelar kekasih Allah...Terbukti di kala saat-saat akhir episod kehidupanmu, lidahmu basah menyebut..Ummati ummati...Ummatku..Ummatku..bukan aisyah yg di sebut2mu,bukan para sahabat yg disebut2mu, tp umatmu, yang tidak pernah betemu muka pon..betapa kasihnya dirimu pada umat Ya Rasulullah...
..Aku inginkan syafaatmu ya Rasulullah..malu rasanya...dalam byk2 umat, masih layakkah aku?..sedangkan masih ramai lagi umat yang mempunyai ketaatan, ketakwaan, dan ketinggian darjat disisiNYA...
Ya Allah, ku ingin syafaat pertolongan kekasihmu Rasulullah di akhirat kelak...Ampunilah dan rahmatilah kami...Terasa diri ini sangat kerdil di sisi kekasihNYA...dosaku menggunung tinggi...Namun, Doaku, agar ku dapat bertemu jua dengan junjungan besar rahmat seluruh alam di akhirat kelak...
.Ya Allah Tuhanku, yg merubah kalbu, tetapkanlah hati dan keimananku, semoga sentiasa dalam agamaMU dan ketaatan kepada MU..Amin.
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah -hijjaz
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, Amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin."
9 :128
Salam Maulidurrasul
12 Rabiulawal 1432H
Wednesday, 16 February 2011
Egois
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
Tuesday, 15 February 2011
Pemergianmu Rasulullah
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Sejarah sambutan Maulidurrasul
MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi. Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran. Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain. Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup. Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
1. Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
2. Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi:
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini. Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
3. Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
¨ Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
¨ Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
¨ Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”. Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
¨ Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)
Friday, 11 February 2011
Without Word
Thursday, 10 February 2011
TEARS
Dry your tears with love
Time through the rain has set me free
Dry your tears with loveDry your tears with love
Flowing tears accumulate on the winds of time
Dry your tears with love
Saturday, 5 February 2011
Zikir Munajat~
Maha Suci (Allah) yang tidak ada kekuasaan makhluk yang menandingi kekuasaanNya
ومن هو فوق العرش فرد موحد
dan Dialah satu-satunya di atas Arasy yang diesakan
مليك على العرش السماء مهيمن
Raja Yang Maha Gagah yang menguasai kerajaan langit
لعزته تعنوا الوجوه وتسجد
kerana kebesaranNya tunduk dan sujudlah wajah-wajah(makhluk)
Mentari Hidup
-Mentari Hidup-
Kala senja itu tiba ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
ku berdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali...
Thursday, 3 February 2011
Cuti Chinese New Year ku
Dear diary,
*.