Thursday, 10 November 2011

FTISLAND-Like The Birds

                                              Lagu best lagu best.. .

Like The Birds daripada FT Island ni remake dari lagu lama Like The Birds nyanyian Byun Jin Sup..



Ni pulak versi original singer dier...huu..santai jgk..hoho

                                                                                        

The cars racing through the open space
And the people shined by the setting sun

The cars racing on the highway
This street in the heart of the city crowded with busy footsteps
Between the densely packed buildings like trees in a forest
The billiant neon signs
I want to fly above this city today - come on

* As I look at the birds flying
I want to follow them and fly as well
Freely underneath the blue sky
I want to follow them

I want to fly in the sky today
I want to touch the clouds
Uh yes I wanna touch the cloud
Because they are lower than the sky
If only if the tips of my fingers can touch the tip of the cloud

Even if I want to leave this stuffy city

I cannot go

* repeat

I want to get out of this frustrating routine
Let's get out out - I want to get out of here now
Above the sky, I feel like there will be something for me
Like the birds in the sky, let's fly to the sky - fly high


Credits Translations ni diambil dari sini .


                                                                                                                                

Friday, 26 August 2011

Raya sini sana


 Dear diary,

Dah lagi dua tiga hari je nak raya. Aku masih di utp. Itu lah ngengade sangat nak ambil tiket hari2 terakhir. Aku balik mungkin hari last puasa.. Alasannya, sebab tak balik Kelantan, jadi balik last minit pun takpe. Raya kat Johor mana ada saudara mara. Jiran2 je la.  Jadi aku masih berlegar-legar di UTP ni. Kepada yang ternampak aku di UTP, itu memang aku yang sebenar. BukaN cobaan,.huhu


 Kalau raya kat Johor, rumah aku, tak ade apa2 yang spesial sangat. Pagi2 raya pergi masjid Negeri, lepas tu mesti pergi kubur Mahmoodiah. Menziarah pusara arwah abah. Lepas tu, on the way balik dah tak de plan2 ape2. Biasanya kite orang akan pergi istana kat bandar tu. Selalu istana buat open house untuk para penduduk yang tak balik kampung. huuu.

istane johor
masjid negeri

. Best jugak santapan istana ni memang sedap masakannya. Dapat la makan rendang+ketupat free. Kalau kat rumah mesti buat nasi dagang. (feveret wo). Jadi, lepas dah amek2 gambar kat open palace, dalam pukul 11am gitu, balik rumah, sambung nasi dagang kat rumah pulak..ish2...sedapnya..huhu..

Jadi hari raya kat Johor aku habis macam tu je la. Seterusnya tengok tv je la kerjanya. Tak pergi mana-mana sangat pun.. Budak2 kecik ada la datang2 rumah..macam biase la nak duit raya..hoho..layan jerr..kawan2 adik aku jugak...mcm tu la kalau aku raya kat Johor. Sebab tu aku tak rase nak balik awal..dengan exam lagi..nak studi lah kononnye (masalahnye x start ape2 pun lagi..sebab xde mood sorg2 kt UTP ni ..TT)


Kalau aku balik Kelantan pulak, lain suasananya. Waktu macam ni aku memang dah ghaib dari UTP ni..nak balik 2-3 hari sebelum raya la. Jauh..lepas tu  Jalan banyak kete lagi. Kalau balik pun mesti 5-6 hari gitu.  Jadi taun ni tak balik sebab raya time stadi week + nak exam + adik nak upsr...
 Ceritanya,kat Kelantan,  Pagi pagi lagi rumah dah bising.Semua bangun awal nak berebut bilik air. Biasanya yang budak-budak kecik mandi dulu. Yang dah besar sume malas malasan nak mandi awal-awal. Dah last minit baru reti nak siap...haha~

Then jalan Kaki ramai ramai pergi sembahyang raya. Lepas je sembahyang raya, balik rumah then ambil gmbr semua org..kalau semua balik lagi meriah. Sedare mare pun ramai yang duduk selangor, kl, pahang, tengganu, Jadi kite lah plg jauh, kat johor Bergambar je kerjanya. Lepas tu dalam pukul 10am, start lah konvoi kiteorg..

Yang bestnye kalau dulu musim hujan banjir, tayar kereta mesti tersangkut kat lumpur. pastu ramai-ramai tolong tolak. ade la dalam 10 rumah kite pergi raye. rumah nenek sedare.  Tinggal yang nenek saudara2 jer. Dalam 10-11 rumah jugak haritu. Kat Pasir puteh, KB, tumpat, tanah merah, machang  kubur, semua2 dalam kelantan tu kitorg konvoi..huhu...seronok walaupun penat..Balik pun dah nak petang.. Malam pulak buat bbq...bunge api mesti ade.Berasap satu rumah..Dengan budak budak lari2 lagi..bising2 lagi..memang meriah lah..Esoknye ade lagi agenda2 lagi.mlm tu sume pakat rebut2 nak gosok baju untuk esok...kira havoc la kalau raya kat kelantan.. family ramai... asal ade ruang je kat rumah tu dijadikan tempat tidur....tu yang best tu meriah.. hoho..


Pernah sekali tu jem teruk gile,  5 jam jem dekat area jambatan (gertok) tu... pastu semua orang2 luar je ramai kat sana.yang kat jalan tu sume plat number bukan D.... ramai org kahwin dengan kelantanese kot...huhu~

 Kalau aku dengar lagu2 raya, mesti flashback aku slalu berlatar tempatkan negeri kelantan. Kat johor mcm xde feel skit..hihi..Mungkin tak ade kampung sini kot..Tapi sampai sekarang aku kalau cakap kelantan tak berapa nak jadi slang die..haha..

Apa apa pun, kat mana pun kita beraya, semua sebenarnya sama saja. Yang penting cara kita merayakannya..... Salam Hari Raya Aidilfitri semua...Ampun maaf lahir batin .. :)


P/S:  tak pernah lagi raya kat Baling, Kedah...nenek moyang sbelah atuk org kedah (naseb baik x letak sekali dalam assignment geology of Baling aku) Asal arwah atuk sebenar dari sana. tp kahwin dengan orang kelantan dan duduk kelantan. . Mcm mane la zaman2 jepun2 dulu boleh jumpe ek..  jauh tu.....dah jodoh kan..huuuu..~




Friday, 22 July 2011

Anak angkat 2011

Dear diary,

Aku baru saja balik dari kampung Pencalang Permatang. Dekat sebelah Manjung, Perak. ada program anak angkat 3 hari dua malam. Penat, tapi nak jugak jadikan memori dalam blog ni..huhu.~ Macam-macam yang kita org buat dalam program 3 hari tu..

Hari 1
 Seramai 30 orang pelajar termasuk aku terlibat. Kami sampai di Kg Pencalang dan dimulakan dengan sesi pembukaan rasmi.Masa kami sampai,dah ramai org JKKK kat dalam dewan tu. Selepas pembukaan, kami pun diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Untuk hari pertama ni banyak duduk dengan family angkat jer. Lepak-lepak. makan malam berkenal-kenalan. Malam tu, ade family tu bawak kami pergi keluar2 jalan2. Kat Marina Island, Jeti nak ke Pangkor. Cantik tempat tu malam-malam. Lepas tu pergi Lumut plak, ambil angin2 malam.best~

Jambatan ke Marina Island

Ni lah bangunan tepi laut tu

Marina Island

Sempat beli2 kat Lumut







Hari 2


Hari kedua ni penuh dengan aktiviti dari pagi ke petang. Pagi-pagi lagi dah bangun..Fuh sejuknyer semalam. Lame dah x tido sejuk2 mcm gini. Nak mandi pun sejuk. Aktiviti pagi tu pula lawatan ke IKS, tempat proses cendawan, proses sos, Ternakan,Kambing, dan rumah burung walit. Semua ni diusahakan oleh orang-orang kampung yang business minded. Kami dapat tengok macamana cendawan yg buat goreng tu dihasilkan. Banyak jugak prosedur die.huhu




cute

handsome

janggut cool

pengembala kambing berjaya

cendawan

rumah burung walit


dlm rumah burung

sarang burung walit. Mahal gler ni

Makan rumah tok sidang. Terimakasih~

dengan Fatin, dan sape ek..huhu

Lepas tu , ade aktiviti program motivasi dengan budak budak. kami kene jadi faci untuk slot dengan diorang. Budak budak tu sangat sporting dan bekerjasama. Nak cakap ape lg, mereka memang best bro! :p

Antara kanak-kanak yang hadir.



dah habis aktiviti dengan kanak-kanak, ade gotong royong surau dan dewan pula. Jadi memang sibuklah hari tu. Makan tengah hari kejap kat rumah, lepas tu pergi tolong-tolong gotong royong.Petang pula ade sukaneka. Untuk orang-orang kampung, dan juga kami-kami. Banyak lah game2 yang boleh masuk. Kecoh jugak petang tu dengan budak-budaknya lagi. Tapi seronok walaupun penat . Tok sidang pun turun padang petang tu. Malam tu ada Nisfu Syaaban. baca-baca yasin kat surau. Lepas tu pulak ada BBQ, memang fully packed lah jadual hari tu. BBQ pun sedap!~

Hari 3

Hari ni pula kami pergi cuci sampan/boat dan kutip kepah. Seronok cuci2 sampan, lepas tu dapat naik bot., lepas tu pergi kutip kepah. Yang banyak main selut . Boleh buat mask dengan selut tebal2 tu. teraphy2. Sangat seronok. Sebab aku ni memang tak boleh jumpe air, mesti nak main. huhu. tapi kalau lumpur pun boleh jugak jadi seronok.


PATI ke ni?

sempat lak

Pinjam jap

Sekali tengok macam pendatang asing tanpa izin.

Mencari kepah

tenggelam dah kaki . bawh tu ade ikan belacak =.=

kepah o kepah

Tengah hari, makan kat rumah Mak Intan, petang tu, majlis penutup pun berlangsung. Memang 3hari x cukup, tapi aku dapat berkenalan dengan kawan dan keluarga baru mcm Fatin, Faz, Pak ngah, Mak Intan, Mak yang dan sume2.... Seronok dapat jumpe mereka ada umor, ada rezeki bisa ketemu lagi. Terima kasih semua : )

Wednesday, 6 July 2011

Balik rumah naik tren....

Dear diary,
Sekarang aku di rumah. Semalam aku naik kereta api tiket antarabandar dari batu gajah -jb sentral. Masa yang diambil dalam 9 jam. Fuh lamenye, huuuu..

Dalam tren tu, aku dapat satu koc dengan seorang pakcik yang agak peramah dengan semua orang.  Terpaksa la dengar bebelan dan ceritera  Pakcik Benggali tu. Orang tua, suke bercerita-cerita pasal isteri,menantu, anak, negara, bangsa,politik, economi, budaya dan macam2 lah.,Dah mcm kedai kopi plak. Memula rase serabut jugak dengar suara pakcik yang kalau boleh n ak satu koc dengar. Tapi lama-lama  rase kelakar pulak dengan telatah pakcik ni. Penumpang tren yg lain pun senyum jer.,.Sampai tidur2 saya dengar pakcik kat depan tu berbual..Huhu..terlebih peramah la pulakkan..

Setelah 2 jam lebih dalam tren, sampailah kami ke KL Sentral.TIba-tiba tren blackout. Gelap lah seluruh tren tu. Aku pun pelik. Crew2 ktm pun keluar. Rupenye tren rosak.  Jadi mereka nak repair . Kedengaran pula pengumuman, "Perhatian , tren dari Butterworth ke Singapura akan dijadualkan semula" itu tren aku lah tu. mesti kena delay. Sudahlah aku lapar, rasa nak naik atas makan dulu....huhu.Aku pun lama-lama dalam tren tu jadi panas, aku keluar ambil angin, telefon2, dan jalan2.

. . Aku pon telefonlah ayah ku, nak cakap tren rosak, tapi ayahku kata dia ada di KL sekarang ni. Dan nak balik johor jgk ptg ni.. BINGO! ini satu kebetulan, apelagi....Aku pun rasa mcm nak ikut dia je balik jb, Jadi aku pun turun lah tren dengan rasminya dan tunggu ayah ambil.Sementara tunggu tu, sempat aku tengok sikit2 citer Running Man kt laptop sambil gelak2..orang pun tengok pelik jer...tp running man memang best bro, ak boleh tergelak walau kt mane pon ak berade....haizszz..*pasrah*

Kesimpulannya untuk cerita ini, kita hanya merancang, tp Allah menentukan..begitu juga dengan hari harian kite, Tuhan yang menentukan dan kita hanya merancang... transport ku ade dua lah haritu. Kalau naik tren, lame, dan x dpt berhenti2. Kalau naik kereta, boleh berhenti sembahyang, makan, beli aiskrim..huhu..Jadi aku pun akhirnya blk naik kereta. Kecikny dunia...macam dipakat2 je.hehe~


P/s: sejak menjak ni, mcm2 cerite aku biler naik public2 transport ni (keteapi, bas etc2..) huuuu.~

Sunday, 19 June 2011

Kau curi telur ye?

Dear Diary

Hari ni aku sedu.
Tapi tak boleh minum air sebab puasa.

Tapi ade satu cara yang telah dibuktikan oleh rumet ku untuk menghilangkan sedu. 

Caranya ialah dengan bertanya satu soalan kepada penyedu iaitu .......

"Kau curi telur ke?"

dan serta merta sedu itu akan hilang.

Kenapa? tak percaya?.  

Curi telur?


Masa aku sedu sebelum ni pon orang buat bende sama kat aku, dan terus berhenti sedu waktu tu jugak..pelik pon pelik.. Tak percaye cube tanya soalan tu pada orang yang tengah sedu...Aku pon tak tahu lah kenapa kene gune telur jugak. Tak pernah try lagi guna curi ayam ke curi tulang ke..

 Pada pendapat aku, mungkin sedu tu berhenti sebab orang terkejut dengan soalan yang tak disangke2 mcm "Kau curi telur ke?" tu. . Jadi berhentilah sedu dia tu...

Ikut yang aku tahu kalau bayi sedu, bagi minum air kosong. tak pun letak secebis kapas basah kat dahi dia...hurm.

 Tapi setelah digugel2 banyak lagi rupenye care untuk hilangkan sedu ni....Ikut pada website ni, Antara cara nak hilangkan sedu adalah minum air yang dalam gelas tu ade pisau yang mata pisau mengadap atas (mengadap kite la) . Tak ke ngeri..Mane tak hilang sedu tu. ,huuuu






p/s: sedu aku dah hilang..^^, . Mungkin aku boleh bagi cara baru untuk menghilangkan sedu. Iaitu menulis satu entri dalam blog semasa sedu. =.=

Sunday, 5 June 2011

Terdelete data

Handphone saya.
Data terhilang.
Jadi semua nombor dan mesej dah terdelete.
ouhh sayangnyerrrrrrrr.
Mesej-mesej yang aku sayang.
Nombor-nombor yg aku sayang.
tapi nak buat guane.
Dah takdir. 
Barang lepas jangan dikenang.
Ada usia ketemu jua.
Takkan lari gunung dikejar.
*Apela aku membebel ni*


Jadi, Kepada sume2 yang mengecall atau memesej nombor 019 saye,  perkenalkan diri yer.,.huuu.
Sekian terima kasih ku.  wink3

Saturday, 4 June 2011

Arabian Night

Dear diary,

Semalam aku dan rumet pergi ke party student international. Mcm ala ala arabian night gitu. Tapi ladies only la.Rase mcm x nak pegi pon ade gak. rase mcm segan. Macam mane lah penerimaan dorg kan. Aku rase dorg mcm x mesra alam je kan...Dorg sume dari arab,sudan ,egypt,uzbekistan, negare2 sebelah sane sumer.tetibe kite je dari tanah malaya. Segan gak la.


Tapi kami mengambil keputusan untuk pergi memandangkan dah di jemput due kali..huuu..

Memula rase nak pegi pakai baju tshirt biase je. Tak tau la ni party ape. Tapi bile tengok dorg melaram habis2an kitorg jadi cuak. Alamak! kene pakai mekap segale ke?..kalao pakai baju trek suit je x boleh ke?. Jadi kami pon cube la best feet forward bak kate org kampung aku. Pakai la ape2 yang ade. touch up sket sini sana. dah puas hati dengan penampilan kami pon pergi lah ke V5 common room tempat parti tu.

Arabian knight?
My rumet, Lisa :P


Wah dorg sume pakai baju gempak2 wo, tapi kat luar pakai Abaya. Rase mcm best lak..hoho...dapatlah kami tengok budaya dorg. dorg sangat welcoming. Kami dilayan mcm tetamu kehormat pule..hihi..pastu dapat pakai henna.,, best2..Dalam tu rase mcm bebas nak buat ape saje, nak melawa ke nak menari zapin ke. sebab its ladies only.

henna <3 


Antara agenda utama parti ini ialah nak sambut kepulangan sorg housemate kitorg ke malaysia. then ade menari2. lagu hindustan arab2 sume..hebat lah dorg menari. Memang berbakat lah. Passion dorg memang dalam tarian. Terhibur jugak tengok mereka. Kalau bagi kat aku menari mahu jadi kayu jer...sangat meriah dan warna warni....  sebelum balik kami dibekalkan dengan makanan dan kuih2 muih... balik je bilik, kitorg plak yg lebih2 berangan main mekap..

Ape ape pun ini satu pengalaman baru yang best bagi aku. Dapat kenal lebih rapat antara sesama seagama dan mengenali budaya manusia.  Syukran ala jemputan fi hazal parti...




: )



 "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

Sunday, 29 May 2011

Meracau dalam tidur.

Dear diary,



Sekarang ni dah masuk seminggu ku mengharungi awal semester baru.Dan dalam masa seminggu ni boleh dikatakan kebanyakan tidur malam ku meracau. Meracau atau bersuara ketika tidur. Kesian rumet aku lah yang akan jadi saksi mase aku tidur. Aduh cuak betul. Biasanya orang meracau ni sebab demam. Dan kalau demam teruk memang tidur aku meracau. .  Dan orang kata kalau stress pun boleh jadi jugak, tapi takkanlah nak stress kot awal-awal sem ni. 



Tapi memang aku rasa mcm demam+batuk+selesema. Agaknya sebab tu tidur aku terganggu. Mungkin juga
 faktor cuaca sekarang yang tak menentu kejap panas kejap hujan lebat. Takut jugak sebab banyak 
malam  jugak aku meracau.  Hurm...alhamdulillah...nasib baik sekarang dah tak de. Rasenye demam rindu 
rumah kot. huhu <3 . 


Wednesday, 25 May 2011

Beza menumpang dan penumpang.



"Aku ni penumpang  bas je. Mane aku tahu jalan die."

"Aku ni menumpang bas je. Mane aku tahu jalan die."


Penumpang dan menumpang. Ape bezanya. Perkataan dia hampir sama, tapi maksud tersirat dia hampir berbeza.

Kalau biase naik bas tambang atau bas sekolah, biasanya dalam bas ade tulis:



"40 orang penumpang termasuk yang berdiri"

tapi tak pulak tulis



"20 orang menumpang termasuk yang berdiri" - bunyi macam kerek sikit. 


Bagi aku perkataan penumpang tu sesuai digunakan dalam kenderaan awam, dan yang sewaktu dengannye. Contoh:

" Kepada penumpang-penumpang bas AK 7777, sile ke bas sekarang"



kalau menumpang pulak, sesuai digunakan dalam kenderaan persendirian.
 Contoh:


"Aku menumpang kete si Amat tadi sebab hujan lebat"


tahla ,aku rase perkataan menumpang tu untuk sesuatu yang kite dapat free atas budi bicara orang tu, dan penumpang tu untuk sesuatu yang kite bayar, macam tiket bas atau keteapi... huuu~

ape ape je la..


Ini bahasa versi aku.

Jadi, kalau nak definisi betul, rujuk kamus dewan atau sumber-sumber lain yang lebih thiqah yer.

pen off~



Quartet- Saidatul Saffaa

Salam dear diary,

Sekarang ni aku masih dalam proses menghabiskan satu novel bertajuk Quartet karya Saidatul Saffaa. Diterbitkan oleh Jemari Seni .

Setakat aku bace cerita dia best jugak. Macam biasa novel ni bergenre chenta dan perjalanan seorang Rumaisa mengubah diri ke arah yang lebih baik. Cerita ni mengisahkan bagaimana Rumaisa yang mudah jatuh cinta diuji hatinya.

 Kenapa tajuk buku ni Quartet?.. hurm  . Aku rasa mungkin sebab ade empat orang lelaki dalam hidup die kot. 

 Watak utama cerita ni perempuan bernama Rumaisa yang belajar kat US. Rumaisa ni biasa2 je. Free hair lagi. Tapi dia sering terjatuh hati dengan orang hafiz , orang alim, tapi semua tak memihak pada dia. Lalu dia kecewa....

ending die?..hurm, aku pun tak habis lagi...baru separuh....^^,


Quartet


Jom tengok synopsis die...



Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah 
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh; 
dan salju pula jadi cair dipanah mentari 
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, 
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, 
takkan bersinar indah bintang-bintang 
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka. 

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


<3




Blues Retro - Imaen

Dear diary,

Hari ni aku nak promote pasal Blues retro. Untuk yang pernah hidup zaman blues retro. Blues Retro, Karya Imaen. Antara penulis kesukaan ak. Buku ni aku baru habis baca.

Buku ni ak beli dekat pesta buku KL 2011. Mengisahkan pasal perchentaan antara Ghazi dan Nik Farhana, dua-dua pelajar universiti, berlatarbelakangkan UM. Ceriter die sweet dan aku sangat suke. Ala-ala percintaan dua darjat pun ada jugak.Kisah budak hangat berchenta sampai nak kahwin lari.  Cerita die tak lah berat dan serius atau jiwang tahap tak ingat sangat. Kira best la untuk aku.

Ni la bukunyer



Ni sedikit sebanyak sinopsis Blues Retro :


... empat semester yang indah...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.
Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.
“Apa dia?”
“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.
“Hana jangan main-main!”
“Saya serius ni!”

Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?..


nak tahu lebih, bace la sendiri <3 
boleh jugak dapatkan kat Jemari Seni.   : )


Tuesday, 24 May 2011

Selamat menempuh sem baru

Dear diari,

pejam celik pejam celik dah masuk semester baru.

Tahun ketige semester pertama jurusan geosains petroleum di yutipi ni..

cuti semester dahlah sekejap aje..tp xpe, bersyukur dengan cuti yang ade..IPTA lain sume ade cuti empat bulan, tapi cuti empat bulan aku telah di crammed kan pada bulan september nanti. sebab tu lah cuti semester kali ni kejap....tp aku telah mengisinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah..=.=

Sekarang ni pun dah seminggu masuk semester ni, ak masih dalam proses meng add dan meng drop subjek2..

Jadi antara subjek yang ak amek untuk sem ini.. calon-calonnya ialah:

  1. Basin Analysis & Petroleum System

  2. Drilling & Production Technology

  3. Volume Interpretation & Visualisation

  4. Fieldwork Management & Geo Field Camp

  5. Malaysian Studies


huuu..tengok subjek-subjek ak amek semua ade &(and). zzz




Ape ape pon ak mengucapkan selamat belajar dan gud luck untuk diri sendiri dan semua rakan2 yang senasib dengan saya.Semoga dipermudahkan untuk semester ini.. Amin..hehe

Kepada rakan2 lain yang tengah cuti2 sem panjang2 ni ...seyes ak jeles,.

selamat bercuti dan selamat mencari kerja part time,

kepada yang gi melancong, jangan lupe survenir untuk aku...

lepas ni kalau mase korang naik semester nanti , ak pulak cuti, bagilah jawatan kerja part time tu kat ak plak yer.(jb and singapore only)..xkesah keje ape..asalkan halal..yerlah, cuti 4 bulan ak nanti xproduktif kalau aku tak gi bekerja  ..haha~





oklah, nak menempuh sem baru ni, nak kumpol semangat kejap..huhu..

pen off~

Wednesday, 11 May 2011

Sanah Helwah

dear diary,

sempena besday saye ni, nak ucapkan hepi besday kepada diri sndiri, dan terimakasih kpd kwn2 yg wish...really made my day..

nak cite pasal breakfast+besday in advance yg dibuat oleh kwn2 ku mumu, Bella , dan kak dihadiha..thx thx thx....xsgke la pulak korg smbut awal..heee...terharu la plak....gembire2 ..ferst time breakfast besday!...

menu: mee goreng + teh o ais+kek cokelat...

kenyang gler la pagi tu..hik3.


pstu dpt hadiah teddy bear mr bean lg..memang suke sgt la..dahla memang nak dari dulu lagi..huhu


Then, sebelah mlm pulak mkn kek lg lepas sampai rumah kt jhr..hurm...due2 sedap..


menu  di rumah pula  : kek + air sarsi buat sdiri+ durian <<yum2



terima kasih kwan2 dan keluarga...i feel spoilt...nway i pray for the best for all of you, barakah in your life and in future and hereafter....insyaAllah..amin!

^^,

Balik kampung 11 mei 2011

Hari ini, aku nak balik rumah. dari utp,..bertolak dari batu gajah jam 2 ptg... naik  ETS yang dua jam tu..konon2, nak balik pagi, tetibe ade pleasant surprise lak..huhu~.jadi blk lah kol 2 ptg...sampai ke kl sentral pukul 4ptg...

..lepas tu pergilah ke Puduraya untuk ambil bas direct ke jhr, tapi rupe2nye area Pudu raya adalah untuk line bas ke utagha ajeerr...kalao nak ke selatan kene pergi terminal bersepadu selatan aka TBS ..bukan GBS okey...terminal tu plak dekat bandar tasek selatan...

.alang2 dah sampai puduraya, aku pon solata jamak ta'khir asar dekat sana...lepas tu baru lah pergi bandar tasek selatan..dahlah aku tak pernah pergi situ naik kete lipang, tapi aku try lah kali ni.....aku tanya2 orang..orang pon tanye2 aku..last2 sampai la kt bandar tasek selatan tu....aku pon bli la tiket bas pukul 5.50ptg kl-singapore.

 

..Bile naik bas, apelagi aku pasang earphone ngn laptop dan tengok citer korea berepisode2 smpai bateri habes...akhernye smpai la dekat jb dalam kol 11 jugak..patotnye smpai awal lg, tp die berhenti dekat Lucky Garden tu nak dekat sejam..huh...lame toll..

.okey balik pada cite dah smpai ni, ak pon mcm biase amek beg kt bwh bas tu..bile dh separuh jalan, ak baru perasan aku bwk beg org lain....dahla tengah lalok,  ak nk kejar bas pon x smpt sbb bas tu dh jln...waaaa.

.ak pon tros la pegi kt kaunter syarikat bas tu..mintak telefon drebar..dapt telefon drebar..bas tu tengah on the way masok singapure..die pon tanye la orang2 dalam bas tu sape ade bwk beg hitam takot tertukar ke ape...tp xde..ak pon sedeyh gler laaa...dhlah dlm tu ade kek,ade hadiah teddybear mr bean, ade hard disk, novel2 ak nak bcer dn mcm2 lagi...mesti orang yang turun awal ni dah amek beg aku....T.T ..teringat pulak citer sumone ni pon pernah hilang beg mase naik bas..huuu...

aku pon nanges la kt situ selayaknya orang putus chenta nanges..lantak lah org nak pikir ape, yang penting ak sedih sebab beg ak hilang.....dahla ade buku novel x bce lg dlm tu.....haha...tacing wo..ak pun tinggalkan beg yg ak salah amek tu dekat kaunter bas tu..kakak tu amek number aku...sedeyh2.

jd ak pon blk la rumah dlu, tnggu call2 drpd kaunter tu kalau ade..balik2 rumah, rupenye ade kek besday tgh tnggu..aigoo..mkn kek lg..ni besday + supper la kot..haih..dpt adiah drpd fmily2 members...ehe...gembire2..segan la plak..rse mcm ngade2 je ak neh..dpt hadiah2 segale ...tp nak jgk..haha..tenggelam kejap sedih pasal beg tu walaupon sedih lg.

tgh mkn2 kek kt rumah,...lepas2 tu, tetibe dpt call....akak tu kate ade orang ni datang kaunter sebab teramek bag aku...die turun awal td, pstu mgkin dlm gelap x nmpak sbb beg kitorg lebih kurg same...wahhh...harapan bersinar kembali....aku pon terus la pergi balik kt stesen bas tu.....org tu pon mesti risaukan brg die kan...xpe, aku x amek nyer..akhrnya aku dpt blk brg aku..dahla dua kali aku pergi stesen bas harini.alhamdulillah...gumbire walaopon penat gler....hik3..syukur!

selamat bercuti walaopon sekejap..rumah syurge rumah!~

p/s: lepas ni aku cadangkan  letak sume data kt beg , nama, telefon, fesbook, twitter, email..gmbr..biar xhilang..huh..amek T_T~

Saturday, 30 April 2011

buat Inche Housemate

Dear diary.

Izinkan aku menulis dengan jiwang di sini yer..kepada sape2 yang xnak jiwang xyah bace yerrr ....hehehe.

.kali ni aku nak tulis pasal.


Kali ni saya tulis pulak pandangan dari pihak Cik kekasih pulerrrr....jom start..
sebagai "Cik housemate" saye mengharap bakal “Inche housemate" saye :-



1) SMS or phone call

Selalu tny kabar. kalau segan nak tanya directly kat saya, Tanya lah kat mak saya pon xper.. Tu pon dah boleh buat saye gembire.Tapi lagi suka kalau awak dapat call saye selalu..ehe*ngade2*

Kalau “Inche Kekasih” tak call saya atau sms saya, saya senang sangat nak buat assumption bahawa awak dah tak sayang saya lagi. Sy mesti fikir awak dah ada orang lain ( x logik saya ni kadang-kadang..perempuan oh perempuan).. Saya Cuma simpan sorang2 dan anggap mcm xde ape yg berlaku. Saya mudah down memikirkan benda-benda macam ni awak. Tapi saya sering terpujuk sendiri atas kepercayaan dan sayang saya pada awak.
Jadi awak kena yakinkan saya,sebab perasaan insecure itu selalu ada. Sekali awak dah dapatkan keyakinan saya, perasaan insecure itu akan beransur-ansur hilang.

2)Duit

Pasal duit plak, awak tak payah la risau. Saye bukan nak banyak pon. Setakat diamond2 jer saye minat..emas putih pon boleh jugak. Tiap-tiap tahun awak wajib kena ingat hari jadi saye walau mcm maner sibuk pon awak. Kalau dapat bg hadiah kat saye pon cukup bagus. Tak payah parti besar2an. Saye bukan nak banyak pon. Awak jangan risau sebab sy bukan jenis yang suka kikis duit orang. (betul ke?.. betul ).


Saya segan nk minta2 ni. Tapi kalau dengan awak, saya rase saya nak mintak macam2. Saya rase kalau dapat brg yang saye nak tu daripada awak , lebih bermakna daripada dapat dari orang lain. Tapi saya tak paksa pon awak beli tau...hehe... Yer la, dengan sape lagi awak nak belanje kalau bukan dengan saye.


Tapi mcm mner pon saye xnak jadi “Cik housemate” yang menyusahkan “Encik housemate”nyer. Susah bersama senang pun bersama ,awak.

3) Memahami @ understanding

Saya harap sangat “inche housemate” saye nnt understanding dengan saye. Izinkan saya kerja. Penat-penat belajar masuk Universiti, x dpt nak kerja..huhu..Sebab saye nak jadi wanita berkerjaya. Nanti dah tua baru pencen. Mase tu baru saye tak nak keje dah.

Hidup mati bersama...tapi kalau la awak mati dulu dari saye, mcm mane saye nak survive kalau saye tak kerja..kan? anak-anak lagi mcm mana saya nak urus kalau saya tak kerja.. ngee

Saya ni pon bukannya perfect, dan saya harap awak dapat menerima saya seadanya. Ada kalanya saye selalu mengikut perasaan, tapi awak kenalah sabar sebab perempuan ni memang emosi kadang2 tak stabil. Kalau awak pon ego sekali, susah lah saye. Emosi2 saye, sayalah yang setia cinta dengan awak.

4)menangis


Awak pujuk la saye kalau saye menangis. Jadilah teman setia yang boleh menjadi bahu untuk saya menangis.
Siapa lagi yang saya nak bermanja kalau bukan dengan “inche Housemate”. Saya bukan nak mengada-ngada. Awak jangan lah annoyed dengan saye , kate saya cengenglah manje lah….tapi yang cengeng ni jugak lah yang mencintai awak sepenuh hati.

5) cantik

Cantik ke saye ni? Hurm. Xde la cantek sangat pon. Tapi tu lah setiap manusia tu berbeza. Cantik itu subjektif. Mungkin bagi awak saya tak cantik, tp bagi saya, saya cantik.(ek eleh..koya) Saya menjadi diri saya yang sebenar.bukan mcm sesetengah artis yang hanya chantek di kaca tv saja. Ber inci2 foundation di muka. Saye bukan jenis mcm tu..hurm~ Mungkin awak boleh impikan supermodel artis2 cantik itu, tp yang tak berapa nak cantik ni jugak yang akan setia susah senang dengan awak.

"oh bukanlah cantikmu yg ku cari, tapi ketulusan hati yang abadi"-letto


6)Hint

Kami orang perempuan memang tak reti berterus terang ( betul ke? Atau aku sorg je?). Saya memang x reti berterus terang dalam hal ehwal hati dan perasaan ni. Selalu tak terluah dari mulut saya apa yang saya rasa. Tapi perbuatan saya mencerminkan ape yang saya rasa.Dan kadang-kadang bertentangan seratus peratus dengan apa yang saya rasa. Awak patut tanya saya dan jangan terus buat kesimpulan apa-apa sebelum tanya saya ( susah kan).

Saya selalu bagi hint, tapi mungkin awak x paham atau buat-buat tak faham.Dan kekuatan saya tak termampu lagi nak berterus terang. Sebab itulah saya ada blog..Wahh~

7) Cemburu


Kadang-kadang saya puji lelaki lain depan awak sebab nak tengok awak cemburu. Saya kan dah kate tadi, saya tak pandai berterus terang nak tanya awak sayang saya atau tak?. Saya juga tak pandai nak berterus terang tentang sejauh mana chenta awak pada saya. Jadi saya pon pujilah lelaki lain dengan sepuji pujinya..( padahal bukan bagus sangat pon org tu)

. Kalau awak tak cemburu, saya akan brsedih amat sangat la lepas tu.Sepanjang malam saya x dpt tidur memikirkan reaksi awak, betul ke die x kesah?, dan mungkin saya akan terus menerima premis pertama yang menganggap awak tak menyayangi saya.. Tapi kalau awak cemburu dan tak senang duduk, saya akan senang hati dan tidur dengan penuh senyuman.

Saya puji bukan sebab saya suka kat orang tu pon..saya sengaje nak awak cemburu. Tandenye sayang.., Awak jangan risau, mungkin org yang saya puji tu lebih bagus drpd awak, tapi kalau hati tu dah nak kat awak, tetap la awak dalam hati saya.

8)perfect

Awak pon pernah dengar kan, jangan harapkan isteri sebaik Fatimah kalau peribadi tak sehebat Ali RA. Kite memang x perfect tapi ke tidak sempurnaan itu yang melengkapkan kite. Betullah xde manusia yang perfect kan. Jadi ape kata kite jadikan ketidaksempurnaan itu suatu keindahan.


Kalau saya ade silap dan salah, awak perbetulkanlah, sebab saya mengharapkan “Inche Housemate” yang boleh membimbing saya kearah kebaikan. Jadi saya harap awak redha dan terima saya sebagai “Cik Housemate” awak seadanya dengan ikatan yang sah.

....................................................................................................................................................................
~~~Itu lah sedikit sebanyak sudut pandangan saya .....cer cinte cer cinte Mumu...rase mcm terjiwang la plak..betul ke aku tulis ni? ..haha., ..post ini telah di anugerahkan post paling jiwang dalam blog saye...har3..enjoy~

,ok la ..dah habes berangan......lets go back to reality....pen off......zassssssssszzzsss   ~~~