Monday, 31 May 2010
Kapal bantuan diserang Israel laknatullah.....
Mei 31, 10 3:44pm
Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.
Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.
Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam semalam ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di Kuala Lumpur awal pagi ini.
Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.
Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.
"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.
- Bernama
dipetik daripada http://www.malaysiakini.com/news/133216
Ya Allah
kuatkan lah hati2 kami..
Tabahkanlah kami..
Ampunilah kami...
Bantulah kami mengalahkan mereka...
Selamatkanlah , kuatkanlah iman kami dan redhailah saudara2 kami di palestine dan diseluruh dunia..
Amin..
Wednesday, 26 May 2010
Psikologi songsang~
.*sila jangan bace*
1)sila bising lagi.
mesti ak senyap
2) Sila malas lagi!.
*automatik jadi rajin*
3)sila jangan buat kerja ini
*terus buat*
4) Sila tidur lagi!..x payah bangun
*mesti ak bangun *
5) Sila menjawab!..
*mesti ak tak menjawab*
6) sila membazir lagi
*trus x jadi membazir*
reverse posikologi ke ni? ke akukah yang reversed?..huhuhuhu~
hari hari terakhir di hujung sem~..(tahape hapetah aku tulis ini)
PERINGATAN : Ini penulisan merepek seorang aku ...kalau x paham naseb la ye....aku xde keje nak menaip....final pon da habes,,,esaimen pon xde nak taip...
xyah bace pon xpe..
HARI TERAKHIR EXAM.........
dup dup dup..." you have only 30 minutes left" kate pengawas peperiksaan di chancellor hall tu. kertas Structural Geology ku belek-belek dengan berhati-hati. inilah final paper aku..
Cube pikirkan points lagi..usaha2..dalam masa 30 minit macam-macam boleh berlaku. Manalah Tahu Allah nak bagi pertolongan di saat2 akhir....
[caption id="attachment_156" align="aligncenter" width="468" caption="Chancellor hall"][/caption]
last2 habes jugak exam tu..Alhamdulillah..aku tawakkal padaMU..
.lapar2..jom makan..lapar2...zzzzzzz
Petang tu, Kami
Sebelum tu kami tengok movie cerita furry apebnde tah...x reti la nak sebut...Tapi dalam bahase Melayunye ialah Balas dendam berbulu
cerita ni mengisahkan tentang seorang pengurus projek memusnahkan hutan untuk dibuat pembangunan bandar kat situ. Tapi sebelum hutan tu berjaya dimusnahkan, semua haiwan-haiwan kat situ berpakat dan kenekan di pengurus tu. Tak senang duduk dibuatnya. Akhirnya si pengurus tu pun surrender dan last-last hutan tu berjaya direserved..cumeyl jugak haiwan2 dalam cerita tu..haha...
Menjelang lepas magreb, kami pon balik, tp sian cik kelisa si ikram, rosak pulak di tengah2 jalan. Tp akhirnya masalah tu berjaya diselesaikan. maaflah x dpt r nk tulung
ESOKNYE....
pagi2 ak ikot nab n syie serta beberapa kwn yang lain pegi main basketball. best jugak kan main basket ni walaopon aku xde ilmu pon pasal game ni..huhu....
then agak2 tengah hari sket, rushing lah aku dengan Nab ke KTMB Batu Gajah untuk menolong bella menghantar Aisyah naik kereta lipan untuk balik ke johor. dalam keadaan minyak yang semput, bateri hnfon yang mati dan juga selipar Bella yang tertinggal sebelah ....kat mana tertinggal, itu rahsia,,,ehehe~
Alhamdulillah , kami smpat smpai ktmb sebelum kereta api sampai. setelah salam-salaman sume, ak dan bella pon balik la. tapi on the way tetibe henfonku yang nyawa2 ikan tu berbunyi...
bella: eh, aisyah call la...eh aisyah miskol la..eh byk kali la...mesti die ade tertinggal barang dalam kete ni
( kemudian henponku mati)
aku bergegas pecut balik ke KTMB. takot2 aisyah ade tertinggal barang. td kan miskol byk kali..
hnfon dah la idup segan mati x mahu, telepon kejap je putus..
sesampainya semula aku di depan stesen ketapi batu gajah, Aisyah call lagi.
Aku dengan semangatnye mengangkat call itu.
Aku: hello, Aisyah, ade ape?..ye knp call?
Aisyah: xde, saje je nak bagitau , naseb baik tadi sempat sampai, kite dlam tren dah ni. kalau x, mesti dah tertinggal..
Aku: ,....owwwwhhhhh,,yerker...ok2....bye2..hnset nk mati...
rupenye2 xde bnde penting pon, hanye sedikit update dan compliments..hadoiii....huhu
minyak skrang dah unstable,tadi dahla press minyak laju,
stesen minyak kat mana tah...x jumpe2..aku dgn Bella menjerit kehisteriaan dalam kereta nan kancil itu...
on the way balik drpd KTMB , aku dan bella pecut laju2..tetibe ade satu kereta warna kuning nak masok lane kitorg dikala kitorg dah laju and rapat...pnt aku nyala2 lampu..last2 nab tulung tekankan hon
lepas di hon, ak tengok pemandu di dalam kete tu, ish hensemla plak..nyesal hon,,hahah~.
beberapa minit lpas tu kami kmbali tenang, tibe2 ade satu kereta kuning overtake kitorg dengan lajunye sambil keluarkan muke jerk dorg....anak2 sapa lah ni..rupe2nye kereta kuning tadi....adeiii..pasrah nye aku..aku hon sbb sayangkan kamu lah!
MENJELANG MALAM
Zufar, mintak tulung hantarkan ke seri iskandar boleh?.
ko busy x?.
bas kitorg kol 9 15 malam
ok2...deal..boleh2..aku x busy..
thanks byk2 ye zufar kerana menolong kami
rushing2 punya rushing nak ke stesen bas, aku sedar, aku tertinggal beg duit aku di dalam kereta kancil Bella ptg tadi...ape lagi...mntak tulung zufar pecut patah balik la untuk amek..<del. macam mana la boleh tertinggal benda paling penting?....tikah dah tunggu kat bas.. ak mintak tolong tikah alihkan perhatian Pakcik driver....ceh..macam ape la pulak..naseb baik driver baik..
duo..dap..dup..dap..(kenapa gelak2 lagi?..bas da nak jalan dah tu..kamu masih lagi kat UtP)
.bas suda mahu jalan, namun aku boleh lagi balik utp amek beg duit kejap...aduii...mcm2 la aku ini....naseb baik mlm tu pak guard memahami situasi aku dan x cek lame2 sangat kete. Pakcik bas yang berdedikasi itu setia menunggu penumpangnya yang lambat ini....zufar pecut ala2 professional untuk sampai ke stesen..last2 smpai jugak..thanks tikah kerana letakkan barang2 aku dalam bas..ehe~
aku tertidor kepenatan setelah seharian berpenat2 penatan dengan segala kekalutan dan keseronokan di hari-hari terakhir di hujung-hujung sem ini...
Alhamdulillah, udah sampai rumah..subuh pagi tadi.Turun kat depan kwasan rumah..pagi yang hening, ibuku menjemputku di bus stop..dan itulah kisah seorang aku yang kalut tapi baeq,,wek3..
selamat bercuti...mahap la buang mase kamu2 bace bnde2 tahapehapetah ni...ehe~
Moral of the story:
jangan kalut2
jangan last2 minute
jagalah beg duit anda
pandu cermat asal selamat
pulanglah beraya di kampung halaman..hehehe~
Friday, 14 May 2010
Sanah Helwah...
Semalam 12 mei 2010,tanggal kelahiranku yg ke....dot dot dot...Saya dah tua rupenye..usia semakin meningkat menandakan usia semakin berkurang..Pada malam sebelum bufday saya tu, sy telah di prank oleh sahabat2 secoursemates saya.
ceritanya macam ni, saya tidur sangat awal malam tu
sebab semalam saya tidur pkul 4..sgt mengantuk
, Then dalam pukul 12am, kwn saya kejut saya. Katanya ada meeting tergempar dengan hicom dekat foyer. Saye tertanye2 meeting ape la yg tergempar sangat. Lepas tu head department siap call dan cakap suruh saya turun sekarang untuk meeting tu, . jadi saya pon siap2 la pergi dengan mengantuknya.* diorang ni xde perasaan ke , kesian saya..huhu*
Bila sampai je cafe, rupe-rupenye diorang prank saya je. rupe-rupenye nak sambut birthday saya.... xde pon meeting nyer..saya yang ngntok ni potong2 kek utk dorg...tp sangat best....huhu~
Thanks tikah dan Nabeela , ekram, Muna, Ain, aisyah, Istor, Minol, Hisyam,Haziq, Shazwan, Abang, dan kwn2 lain...terima kasih sgt2....i will remember this ..
: )
Saya cam biase , terharu
nseb baik x nangis
. hehehe~
tp ape2 pon kamu semua mmg best la...Saya sayang coursemates saya
ayat biaser dgr
.
Monday, 10 May 2010
Selamat study semua
Sunday, 9 May 2010
4 perkara
mesej daripada lagu ini..
4 perkara jika diamalkan, istimewa di syurga menanti..
.mahligai permai telah dijanjikan, sejahtera di syurga menanti..
1) Lailahailllah-jd pegangan
2) alhamdulillah-untuk diberkati
3) astaghfirullahal azim- atas kesalahan yang dilakukan
4) innalillahi wa inna ilaihi rajiun- tiap kali musibah menimpa
: ) renung2kan dan selamat beramal
Saturday, 8 May 2010
asyik lupe je...
2)lupa dimana anda meletakkan kunci
3) lupa untuk apa anda ke kedai
4) lupa pakaian yang dibasuh dlm mesin basuh
5) lupe mengecas telefon
6)lupa dimana anda letakkan kenderaan
7)lupe siram pok bunge
8)lupe umur sendiri
9)lupe kunci kereta
10) lupe dmana anda letakkan dompet…
Life as a mujahid, die as a syahid...amin~
.lame kan x dgr lagu ni...tjuk dy pelayaran mujahid..mksod dy mndalam..
...kali pertama sy dgr lagu ni, mase form 1 dlu2..jom hayati mknenye...
PELAYARAN MUJAHID
secarik calar terukir
menyelar titisan darah
merah pekat mengalir
tumpah ke bumi allah
[caption id="attachment_111" align="aligncenter" width="468" caption="Palestinian boy Mohammed Kutkut, 14, right, covers his face as he sits next to the name sign of his killed friend Ahed Qaddas in the Fakhoura boys school in Jebaliya, northern Gaza strip, Saturday, Jan. 24, 2009. Three friends of his class where killed when the Israeli army shelled Jebaliya in the past weeks. Tens of thousands of children have flocked back to schools throughout the Gaza Strip, days after Israel ended its fierce military operation against the territory's rulers. (AP Photo/Anja Niedringhaus"][/caption]
setitis air mata mengalir
hangat di bibir mata
seorang mujahid sejati
di lautan perjuangan
arus mehnah gelombang fitnah
badai syaitan nafsu padu menderu
memesong arah perjuanagn
nmun mujahid tetap cekal tabah
meneruskan perjuangan
meniti pelbuhan pulau impian
daulah keimanan mahligai ketaqwaan
Ya Allah Tuhanku yg merubah kalbu, tetapkanlah hatiku, moga sentiasa dlm agamaMU juga taat akan perintahMU...
Tuhan..Jgn bebankan kami dgn bebanan yg berat, seperti yg pernah KAU berikan kpd umat yg terdahulu dari kami,
Tuhan, usah pikulkan kami yang tidak kami terdaya..
Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa2, rahmatilah kami....Amin..
[caption id="attachment_112" align="aligncenter" width="315" caption="Al AQSA"][/caption]
Semoga saudara2 Islam kita sentiasa tabah dan semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan seperti mereka...Amin
Selamat Hari Ibu
"Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh.. ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu "
bELAIAN iBu-hijjaz
to mama, HAPPY MOTHER"S DAY...you are my superwomann...
.May Allah Bless You mama in the world and hereafter...Amin~
Friday, 7 May 2010
MY Geology Field trip
Bas smpai, kami pon naik la bas walaupon x smpat sarapan sbb awal sgt..jd pakcik driver berenti kat RnR Sg Perak utk breakfast..ak cari pau kat RnR tu tp xde..dah la da lame x mkn pau..xpe2..dah semua kenyang bermula lah journey kami ke kelantan (jeli)...dlm perjalanan tu byk jugak la stop yang kite semua berhenti...
[caption id="attachment_84" align="aligncenter" width="468" caption="ini lah kami dak2 PGS"][/caption]
[caption id="attachment_85" align="aligncenter" width="468" caption="undur sket blkang jatuh dlm hutan belantara"][/caption]
selepas dalm 6 atau 7 stop yang kami berhenti,akhirye perut masing2 mule la lapar. Mana taknye, setiap stop panas, dan terik, pnjat bukit, turun curam, ketuk batu..huuu~ jd apabila malam menjelma, kami sudah pon berada di jeli ...makan di warong2 klate yang ada di situ sebelum pegi cek inn...malam tu dalam kol 10pm, kami semua kumpul balik kat tgh2 tmpat penginapan ( ala2 ruang tamu gitu la)..bincang balik pasal aktiviti siang tadi...* amacam?..baru rasa panasnye field trip)..ade 3 hari lagi to go..siap la .diskussion yg agak menarik berlangsung smpai kol 12 jugak la semua da ngntok dan blk bilik tido untuk mnghadapi hari esok yang mencabar..begitulah hari2 seterusnye sepanjang field trip kami berlangsung.
[caption id="attachment_88" align="aligncenter" width="468" caption="Mendearing at sungai..huhu"][/caption]
[caption id="attachment_89" align="aligncenter" width="468" caption="titiwangsa"][/caption]
[caption id="attachment_90" align="aligncenter" width="468" caption="Kat gua ikan, kelantan"][/caption]
[caption id="attachment_91" align="aligncenter" width="468" caption="berhenti makan lunch kat tepi sungai....cintaila sungai kita.,"][/caption]
[caption id="attachment_92" align="aligncenter" width="468" caption="penat sgt ni tidor dlm longkang"][/caption]
[caption id="attachment_95" align="aligncenter" width="468" caption="Cameron Highlands"][/caption]
[caption id="attachment_97" align="aligncenter" width="468" caption="e3x kmppian poyo~"][/caption]
.apa yang ak dpt dr field trip ni ialah, jauh prjalanan, luas pmndangan, melihat kebesaran cptaan Allah..menyedari betapa krdilnya kita sebagai hmba, merapatkan n mengakrabkan persahabatan antara team corsemates, kerjasama, tulung mnolong,,buyk jugak la yg ak blajar ..huhu~.:P..apepon2 .i luv my coursemates..huhu *ayat slalu dengar*
[caption id="attachment_93" align="aligncenter" width="468" caption="sunset"][/caption]
[caption id="attachment_94" align="aligncenter" width="468" caption="PGSianss..= )"][/caption]
P/s : from the pix, credits to awan mendung, vittaya, n azim...dan mereka2 yang menyumbang gmbr sama ada secara lgsung @ x langsung..= P.
Gud luck for the coming exams everyone!
Thursday, 6 May 2010
Exams
exams is just aroun the corner and i'm not really3 ready for it..really feels like stopping the time from going on...waaaaaaaa....
.Mineralogy petrography, structural geology, Health safety environment and vector calculus...dRama n theatre..huh~...how can i cover all that?.my exams will start on the 17th May..ends 25/5...pray for me friends..
Ya Allah.help me...YOU are my savior...Only to YOU I hope n ask...
From HIM we come from and to HIM we will return..
Monday, 3 May 2010
Penjelajah China jumpa Bahtera Nabi Nuh
Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.
"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.
Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.
Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.
"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.
"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.
"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.
Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.
Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayukokka.
Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.
Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.
Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.
Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.
"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.
Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.
Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.
Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi
src http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Wallahualam..Subhanallah...lpas ni kite cari plak tinggalan istana Balqis dan sulaiman...mesti menarik..di samping dpt mengimbau sejarah silam..